Rasuah: Pegawai kanan polis bela diri 5 Ogos
Published on: Saturday, June 06, 2020
By: Cynthia D Baga
Gambar (Bernama) untuk ilustrasi sahaja.
Kota Kinabalu: Seorang pegawai kanan polis diperintah untuk membuat pembelaan terhadap tiga tuduhan meminta dan menerima rasuah.Hakim Mahkamah Seysen Abu Bakar Manat membuat perintah itu kepada Timbalan Penguasa Polis (DSP) Mohd Mahyudin Abdullah, 46, selepas memutuskan pada Jumaat bahawa pendakwaan telah mewujudkan kes prima facie terhadapnya.ADVERTISEMENT
Mahkamah menetapkan 5-7 Ogos untuk pembelaan Mohd Mahyudin.
Bagi tuduhan pertama, Mahyudin dituduh meminta rasuah RM20,000 daripada Josepin J. Langkan sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadapnya di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Jenayah itu didakwa berlaku antara pukul 9 malam dan 10.30 malam 15 Jun 2016 di sebuah tempat letak kereta di Mini Café and Bar di Lorong Austral, Taman Ridgeview, di sini.
Kesalahan di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tiga kali ganda jumlah terbabit atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.ADVERTISEMENT
Bagi tuduhan kedua, Mahyudin dituduh menerima rasuah RM5,000 daripada Josepin untuk tujuan sama pada 15 dan 18 Jun 2016 di tempat letak kereta di hadapan Pusat Sumber Kolej Yayasan Sabah, di sini.
Bagi tuduhan ketiga, dia dituduh bersetuju menerima RM500 daripada Josepin untuk tujuan sama antara jam 9 malam dan 10.30 malam 15 Jun 2016 di tempat letak kereta di Mini Café and Bar di Lorong Austral, Taman Ridgeview, di sini.
ADVERTISEMENT
Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
19 saksi dipanggil semasa perbicaraan itu.
Pegawai Pendakwa Michael Joimin dan Mohd Faliq Basiruddin daripada SPRM menjalankan pendakwaan sementara peguam Chin Tek Ming mewakili Mohd Mahyudin.