Wed, 24 Apr 2024

HEADLINES :


Lebih ramai pendaki Gunung Kinabalu selepas gempa Jun 2015
Published on: Saturday, June 06, 2020
By: Bernama
Text Size:

Lebih ramai pendaki Gunung Kinabalu selepas gempa Jun 2015
Kundasang: Sejak pendakian Gunung Kinabalu dibuka semula selepas gempa bumi pada 1 Disember 2015, ia menerima kunjungan lebih 43,000 pendaki pada tahun lepas berikutan banyak penambahbaikan dilakukan seperti denai pendakian serta bangunan penginapan.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew (gambar) berkata kewujudan Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung (Mosar) dan prosedur operasi standard (SOP) pendakian yang lebih terselaras, Gunung Kinabalu kini lebih kukuh, menarik dan lebih mencabar untuk pendaki.

“Apabila lebih menarik dan mencabar ramai pendaki yang datang dan ia dibuktikan dengan bilangan pendaki mula meningkat secara berperingkat-peringkat. Pada tahun 2016, iaitu selepas pendakian dibuka, jumlah pendaki gunung adalah seramai 37,865 orang.

“Jumlah ini terus meningkat pada tahun 2017 iaitu 41,334 orang dan pada 2019 sebanyak 43,600 pendaki. Walau bagaimanapun, pada 18 Mac 2020, sekali lagi Taman Kinabalu ditutup, termasuk pendakian gunung akibat gejala Covid-19,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah, Mohd Amin Abdul Mem pada Upacara Memperingati Tragedi Gempa Bumi Gunung Kinabalu 2015, di sini, Jumaat. Mengimbas semula peristiwa pahit dan sedih itu, gempa bumi telah melanda gunung Kinabalu buat pertama kali dalam sejarah Malaysia pada 7.15 pagi, 5 Jun 2015,  dengan  kekuatan 6.0 pada skala Richter.

Bencana ini mengorbankan 18 pendaki dan daripada jumlah itu empat orang adalah malim gunung iaitu Joseph Solungin, Ricky Masirin, Valerian Joannes dan Robbie Sapinggi. Tujuh orang pula adalah pelajar dari Singapura yang berusia lingkungan 12 hingga 16 tahun, tiga guru pengiring, dua pendaki Malaysia serta masing-masing seorang pendaki warga China dan Jepun.

Mengulas lanjut, Christina berkata kesan daripada gempa tersebut, menyebabkan pendakian gunung Kinabalu telah ditutup bagi tujuan penilaian dan pembaikan.

“Kedatangan pelancong ke Taman Kinabalu telah terjejas. Bagaimanapun, atas usaha Taman-Taman Sabah dengan kerjasama yang jitu dari semua Jabatan serta agensi-agensi kerajaan negeri dan Persekutuan, denai pendakian gunung Kinabalu telah dibuka sepenuhnya pada 1 Disember 2015,” katanya. 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here