Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


Wanita maut, tiga lagi cedera nahas jalan raya di Papar
Published on: Saturday, June 06, 2020
By: Bernama
Text Size:

Wanita maut, tiga lagi cedera nahas jalan raya di Papar
PAPAR: Seorang wanita maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Papar Lama, dekat sini pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, Christina Ginsu, 44, yang menaiki kereta Perodua Axia dikatakan cedera parah selepas tersepit di tempat duduk hadapan, sebelum disahkan meninggal dunia di hospital. Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan berkata kemalangan berkenaan membabitkan kenderaan Perodua Axia, Nissan Navara dan sebuah lori tiga tan.

“Bomba menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada pukul 2.33 petang sebelum mengerahkan sebuah jentera dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) ke lokasi kejadian. “Sebaik tiba di lokasi kejadian, seorang wanita didapati tersepit di tempat duduk hadapan dan operasi mengeluarkannya segera dijalankan. Wanita itu kemudiannya dihantar ke Hospital Papar untuk rawatan dan disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital,” menurut kenyataan itu.

Jelas kenyataan itu, tiga mangsa yang cedera dalam kemalangan itu turut dihantar ke hospital sama bagi menerima rawatan. 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here