Thu, 25 Apr 2024

HEADLINES :


Inspektor polis dihukum mati
Published on: Friday, June 26, 2020
By: Jo Ann Mool
Text Size:

Inspektor polis dihukum mati
Kota Kinabalu: Seorang inspektor polis dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, Khamis, kerana membunuh seorang ibu tunggal di Keningau sembilan tahun lepas.

Ahmad Rizal Umar (gambar), 37, didapati bersalah oleh Hakim Datuk Nurchaya Arshad kerana membunuh Kartini Borhan, 27, antara jam 4 pagi dan 5 pagi 29 September 2011 di sebuah rumah di Taman Adika, Keningau.

Ahmad Rizal merupakan inspektor polis yang ditugaskan di Balai Polis Keningau pada waktu kejadian itu.

Ahmad Rizal kelihatan gelisah dan kerap berpaling untuk melihat ke arah isterinya yang duduk di galeri awam dan ke arah pasukan peguamnya apabila Nurchaya menyampaikan keputusannya.

Tertuduh pada mulanya dilepaskan dan dibebaskan oleh seorang lagi Hakim Mahkamah Tinggi pada 22 Julai 2014 tanpa meminta dia membela diri.

Bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan pada 21 Mac 2018 memerintahnya membela diri susulan rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Ahmad Rizal memilih untuk membela diri dengan memberi keterangan bersumpah pada 9 Oktober 2018.

Dia juga memanggil seorang ahli patologi forensik, Dr Bhupinder Singh sebagai saksi kedua dalam pembelaannya.

Terdahulu, Nurchaya dalam menyampaikan keputusan, menyatakan bahawa kematian Kartini disahkan oleh Dr Jessie Hiu, seorang ahli patologi yang melakukan bedah siasat mayat Kartini dan juga mengesahkan kematian berpunca dari luka tikam pada dadanya yang menghala ke bawah, memotong otot rusuk, paru-paru kiri, selaput jantung dan menembusi jantungnya dari atas kanan ke bawah.

Mangsa dikenal pasti oleh bapanya, Borhan Sulaiman sebelum bedah siasat itu. Pendakwaan melalui saksi-saksi mereka mendedahkan hubungan Ahmad Rizal dengan Kartini, di mana akhirnya wanita itu dibunuh oleh tertuduh.

Nurchaya selanjutnya menyatakan bahawa mahkamah mendapati kesan keseluruhan bukti pendakwaan membawa kepada inferens dan kesimpulan bahawa Ahmad Rizal adalah pelaku jenayah itu.

“Kehadiran tertuduh di lokasi jenayah iaitu premis disebutkan sebelum ini di mana mangsa merupakan penyewa bilik pertama, tidak dipertikaikan.

“Terdapat kekurangan bukti mengenai pembabitan pihak ketiga yang ditegaskan oleh pembelaan, iaitu perompak yang menikam mangsa sehingga mati di samping mencederakan tertuduh.

“Ini disahkan oleh pendapat pakar perubatan (saksi ke-23 pendakwaan) yang mendapati bahawa kecederaan yang dialami oleh tertuduh telah dilakukan sendiri, tiada pihak ketiga terbabit tetapi hanya pergaduhan antara si mati dan tertuduh yang menyebabkan kematian mangsa. Kecederaan yang dikenakan pada si mati yang menyebabkan kematiannya telah disebabkan oleh tertuduh.

“Motif pembunuhan disebabkan oleh hubungan sulit tiga segi antara si mati dengan tertuduh, dan si mati dengan saksi ke-12 pendakwaan (Lim Guan Heng), yang berterusan sehingga kematian mangsa.

Tambahnya, hubungan sulit tiga segi itu akhirnya menyebabkan jenayah ghairah pada pagi 29 September 2011 yang bermula pada lewat malam 28 September 2011, dan membawa kepada kematian si mati.

Mengenai premis keterangan ahli patologi mengenai jenis kecederaan kepada dada si mati, Nurchaya berkata, bila dilihat secara objektif, ia menunjukkan bahawa kecederaan itu cukup untuk menyebabkan kematian; apabila jantung si mati ditembusi, kematian seharusnya akibat semula jadinya.

“Dengan itu, niat untuk menyebabkan kematian akan memuaskan syarat Seksyen 300 (C) Kanun Keseksaan,” kata Nurchaya.

Ahmad Rizal diwakili oleh peguam Ram Singh serta Ridwandean M. Borhan, Kimberly Ye dan Flavian Edward Henry.

Ram, apabila ditemui kemudian, berkata pembelaan akan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan tidak lama lagi.

Timbalan Pendakwa Raya Khairuddin Mohd Idris hadir untuk pendakwaan.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here