Tue, 16 Apr 2024

HEADLINES :


Kg Bonggaya Baru (Kg Bakau) diiktiraf kawasan perkampungan
Published on: Saturday, June 27, 2020
By: Winnie Kasmir
Text Size:

Kg Bonggaya Baru (Kg Bakau) diiktiraf kawasan perkampungan
Liew (kiri) menyampaikan surat watikah pewartaan Kg Bonggaya Baru kepada Salleh pada majlis itu.
SANDAKAN: Parlimen Batu Sapi melakar sejarah tersendirinya apabila sebuah perkampungan dulunya berstatus setinggan akhirnya mendapat pengiktirafan sebagai Kampung Tanah Rizab Anak Negeri bermula 19 Jun lalu.Kampung Bonggaya Baru atau selama ini lebih dikenali sebagai Kampung Bakau diwujudkan sekitar 1970 berkeluasan 8.26 hektar.

Kini, perkampungan atas air itu mempunyai 500 buah rumah dengan jumlah penduduknya hampir 5,000 orang. Satu majlis penyerahan watikah pengiktirafan itu disempurnakan Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Liew Vui Keong kepada Ketua Kampung, Salleh Idris, di perkarangan Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Batu Sapi, dekat sini, pada Jumaat.

Berucap pada majlis ringkas itu, Liew berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Sabah atas pengiktirafan Bonggaya Baru sebagai sebuah perkampungan yang diwartakan di Batu Sapi khususnya dan Sandakan amnya.

Beliau berkata, pengiktirafan ini sesungguhnya begitu bersejarah dan dinantikan penduduk setempat yang sekian lama perkampungan mereka berstatus setinggan.

Katanya, pengiktirafan ini juga merupakan satu permulaan buat perkampungan berkenaan terus mengorak langkah ke hadapan sebagaimana kampung-kampung lain.

“Saya mengucapkan tahniah atas pengiktirafan ini dan ia membuktikan bahawa pihak kerajaan sangat prihatin dalam menunaikan segala janji terutama kepada penduduk Batu Sapi.

“Justeru, kita akan berusaha membangunkan perkampungan ini dengan menjadikannya lebih teratur dan tersusun, yang lebih penting sekali kemudahan meliputi apa jua keperluan kita akan memohon supaya penduduk kampung dapat menikmati pembangunan,” jelasnya.

Sementara, Salleh mengucapkan terima kasih  atas keprihatinan kerajaan untuk mewartakan kampung itu sebagai kawasan perkampungan.

Beliau berharap pengiktirafan itu dapat membantu melancarkan pembangunan di Kg Bonggaya Baru sekaligus menjadikannya antara perkampungan teratur dan tersusun di daerah itu.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here