Lagi kes kemalangan di Jalan Lama Papar – Kota Kinabalu
Published on: Saturday, June 27, 2020
By:
Jeremy S Zabala, Jimmy Goh
KENDERAAN yang dinaiki pasangan itu terjunam ke dalam parit ketika hujan lebat.
PAPAR: Satu lagi kes kemalangan berlaku di Jalan Lama Papar – Kota Kinabalu di mana kali ini membabitkan sebuah kenderaan yang terbabas ke dalam parit ketika hujan lebat, Khamis lepas.Dalam kejadian itu, satu pasangan bernasib baik kerana hanya mengalami kecederaan ringan dalam insiden yang belraku KM24, berhampiran Kg Kawang, di sini.ADVERTISEMENT
Ketua Polis Daerah, DSP Bartholomew Ak Umpit, berkata pasangan itu, seorang lelaki berumur 49 tahun dan isterinya, 39, sedang dalam perjalanan ke Kg Kawang dari Kinarut apabila lelaki itu gagal mengawal kereta yang dipandunya disebabkan hujan lebat sekitar jam 4.20 petang.
Kereta mereka terjunam ke di dalam parit tepi jalan tetapi mereka dapat keluar dari kenderaan dengan kecederaan ringan selepas dibantu penduduk tempatan yang berada di tempat kejadian ketika itu, katanya.
Beliau menambah, kes itu disiasat di bawah Peraturan 10 LN166/59.
Sementara itu di KOTA KINABALU, seorang wanita turut bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan selepas kereta yang dipandunya merempuh tiang sebuah kediaman di Imago, sekitar jam 9.50 pagi, Jumaat.ADVERTISEMENT
Wanita berumur 26 tahun itu yang bekerja sebagai kerani, memandu dari Penampang.Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
Apabila tiba di tempat kejadian, wanita itu membuat pusingan-U untuk ke tempat kerja tetapi tanpa sengaja tertekan pedal minyak, bukannya brek, menyebabkan dia gagal mengawal keretanya sebelum melanggar tiang itu.
ADVERTISEMENT
Kereta Toyota Vios yang dipandunya mengalami kerosakan teruk tetapi tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut.