Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


Sesetengah pemimpin Sabah mahu PTI kekal: Dr Jeffrey
Published on: Saturday, June 27, 2020
Text Size:

Sesetengah pemimpin Sabah mahu PTI kekal: Dr Jeffrey
Jeffrey
Kota Kinabalu: Presiden Star Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, mendakwa pemimpin-pemimpin tertentu dalam Kerajaan Sabah membantah sebarang penyelesaian kepada masalah pendatang tanpa izin di negeri ini kerana mereka mahu PTI (pendatang tanpa izin) ini terus berada di sini.

“Itulah sebabnya kenapa mereka mahu Bapa Projek IC untuk kembali menjadi Perdana Menteri, supaya perancangan mereka untuk pengambilalihan songang Sabah akan menjadi kenyataan.

“Semua pemimpin ‘pak turut’ ini, yang semuanya dari masyarakat Kadazandusun, Murut dan Rungus (KDMR), bekerja keras untuk mengutuk saya bagi pihak ketua politik mereka.

SEBAHAGIAN daripada dokumen yang dikatakan dikemukakan kepada JPN.

“Mereka melakukannya kerana mereka adalah sebahagian daripada kerajaan pintu belakang mesra-PTI ini yang kini hampir tumbang. “Mereka bersikap hipokrit! Mereka lupa bahawa dengan mengutuk saya, mereka membantu menyerahkan negara kita yang tercinta ini kepda Kesultanan Sulu di Filipina,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

 Dr Jeffrey menjawab semua serangan politik terhadapnya kerana mengalu-alukan cadangan Kementerian Dalam Negeri berhubung penggunaan IMM13 untuk mendapat maklumat, mengawal dan menyelesaikan isu kehadiran 136,000 pemegang asing IMM13, Kad Burung-Burung dan Kad Banci di Sabah.

Dr Jeffrey berkata mereka membantah cadangan IMM13 sebagai cara untuk menyelesaikan masalah PTI yang sudah lama berlarutan, tapi mereka mahu mengeluarkan Pas Sementara Sabah (PSS) kepada semua PTI, satu dokumen/pas yang boleh diperbaharui setiap tiga tahun, yang bermaksud selamanya.

“PSS bermakna akhirnya (rakyat asing yang memegang PSS akan menjadi) penduduk tetap dan mendapat kerakyatan!” dakwanya.

Beliau mendakwa Warisan membuka pendaftaran untuk pusat pendaftaran IMM13 baharu seperti yang dapat dilihat dalam video yang tular.

“Kami ada dokumentari untuk membuktikan perkara ini,” kata Dr Jeffrey.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here