Fri, 19 Apr 2024

HEADLINES :


Upko: MP Sabah, Sarawak harus sokong Shafie
Published on: Monday, June 29, 2020
Text Size:

Upko: MP Sabah, Sarawak harus sokong Shafie
TAMPARULI: Semua Ahli Parlimen (MP) dari Sabah dan Sarawak harus menyokong cadangan pemilihan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri bagi PH Plus, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (gambar).

“Upko konsisten sejak pertukaran kerajaan negara selepas Pilihan Raya Umum 2018,” kata Tangau yang juga Presiden Upko, Ahad.

“Kami menyokong kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

“Selepas pertukaran perdana menteri pada Mac lepas, Upko mengekalkan pendiriannya untuk menyokong Tun Mahathir.

“Dan sekarang, beliau (Mahathir) mencadangkan rakan sekerja saya Datuk Seri Shafie sebagai calon Perdana Menteri, dan Upko menyokongnya.

“Dengan rendah hati, saya merayu kepada semua MP dari Sabah dan Sarawak untuk menyokong cadangan itu.”

Beliau menambah, tiada sebab untuk menolak cadangan itu jika mereka benar-benar percaya bahawa Sabah, Sarawak dan Semenanjung merupakan rakan sama rata dalam Malaysia.

“Memang benar Upko tidak dimaklumkan lebih awal mengenai perbincangan itu kerana apa yang Tun Mahathir katakan, ia dibuat secara informal.

“Bagaimanapun, Upko tidak teragak-agak untuk menyokong Datuk Seri Shafie,” katanya.

Tangau berharap pelbagai isu dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dapat diselesaikan apabila seorang Perdana Menteri dari Sabah dilantik.

“Upko berharap hal-hal seperti royalti minyak, kemasukan pendatang tanpa izin, peningkatan pelaburan, dan penyediaan infrastruktur yang cukup, antara lain dapat dikenalikan dengan baik,” katanya.

Sementara itu, timbalan ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata pengumuman Dr Mahathir itu adalah tidak rasmi dan dengan itu, sebarang pertanyaan mengenainya dianggap terlalu awal.

“Ia tidak mewajarkan sebarang respons buat masa ini,” katanya.

Bekas Ketua Menteri Datuk Yong Teck Lee mencadangkan supaya Shafie meletak jawatan sebagai Ketua Menteri jika beliau serius mahu menjadi Perdana Menteri.

Beliau berkata Shafie mempunyai masa sehingga 12 Julai untuk meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah kerana cubaannya untuk menjadi Perdana Menteri akan mencapai tarikh akhir pada 13 Julai apabila Parlimen bersidang.

 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here