Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


Kastam Sabah rampas dadah bernilai RM2.08j
Published on: Tuesday, June 30, 2020
By: Mardinah Jikur
Text Size:

Kastam Sabah rampas dadah bernilai RM2.08j
ABDULLAH (kedua dari kanan), Asan (kanan) dan Julaiman (kedua dari kiri) menunjukkan dadah yang dirampas.
SANDAKAN: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah merampas kira-kira 50kg dadah disyaki jenis metamfetamin bernilai RM2.08 juta di Lapangan Terbang Sandakan di sini pada 23 Jun lepas.

Rampasan itu juga membawa kepada penangkapan empat lelaki tempatan berumur antara 19 dan 23 tahun, yang tiba dari Kuala Lumpur dengan bagasi yang berisi bungkusan-bungkusan yang dibalut dengan tuala mandi.

Empat suspek itu telah pun direman selama 14 hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Datuk Abdullah Jaapar berkata kejayaan itu adalah hasil pemeriksaan penumpang secara teliti yang dijalankan oleh pasukan daripada unit pemeriksaan Kastam menerusi Ops Ice Break II 2020.

“Operasi itu juga dilaksanakan di seluruh negara bermula 22 Jun hingga 5 Julai di pintu-pintu masuk negara, pusat pengumpulan mel dan kurier, gudang-gudang kargo udara dan pintu sempadan negara,” katanya dalam sidang media di Wisma Kastam Sandakan, di sini, Isnin.

Pihak Kastam juga masih menyiasat sama ada kes ini berkaitan dengan kes rampasan dadah seberat 102.99 kilogram dan penahanan lima penumpang dari Kuala Lumpur ke Sandakan pada 27 Februari 2018.

Hadir sama, Ketua Kastam Sandakan, Asan Mohd Ali dan Timbalan Pengarah Kastam Operasi Penguatkuasaan, Julaiman Soimin.

Dalam kes berasingan, Jabatan juga merampas tiga kilogram dadah disyaki metamfetamin bernilai kira-kira RM150,000 di kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Seorang lelaki warga tempatan berumur 46 tahun dan tiga warga asing termasuk dua wanita berusia 19, 23 dan 45 tahun ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam pada itu, sepanjang tahun ini, JKDM Sabah juga membuat rampasan dadah bernilai RM3.5 juta membabitkan 17 kes.

Jabatan juga mencatat kejayaan dalam kes membabitkan rampasan rokok tidak bercukai bernilai RM5.3 juta dan minuman keras bernilai RM3.4 juta.

Abdullah menggesa orang ramai bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk membanteras kegiatan penyeludupan termasuk dadah, rokok, minuman keras, mercun dan lain-lain yang tidak mendapat kelulusan daripada Kastam.

Orang ramai boleh menyalurkan maklumat berkenaan kepada talian bebas tol Kastam 1-800-88-8855 atau melalui laman sesawang aduan awam http://www.aduan.customs.gov.my.

“Mereka juga boleh pergi ke pejabat Kastam berdekatan,” katanya, menambah identiti pemberi maklumat dirahsiakan.

 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here