HEADLINES :




Sistem perparitan di Tuaran akan dinaik taraf untuk elak banjir
Published on: Tuesday, June 30, 2020
Text Size:


Tangau
Tuaran: Sistem perparitan di beberapa kawasan perkampungan di sini akan dinaik taraf sebagai langkah memastikan aliran air lebih teratur seterusnya mengelakkan masalah banjir, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Beliau berkata sistem perparitan didapati tidak teratur dan menyekat aliran air menyebabkan rumah penduduk terutama di kawasan rendah mudah dinaiki air.

”Banjir di Tuaran dan Tamparuli semalam luar biasa, selain Penampang dan Kota Belud. Terdapat kira-kira 227 rumah di kawasan rendah di Tuaran dan Tamparuli dinaiki air.

“Justeru, dengan menaik taraf sistem perparitan di kawasan ini mampu membantu penduduk daripada banjir kilat terutama setiap kali hujan lebat,” katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan banjir di Kampung Sungai Damit dan Kauluan di sini, lewat Ahad lepas.

Madius yang juga Ahli Parlimen Tuaran menasihatkan penduduk daerah itu terutama di kawasan mudah dilanda banjir untuk sentiasa menjaga keselamatan termasuk memastikan anak-anak mereka tidak dibiarkan bermain di kawasan takungan air dan tebing sungai.

Beliau turut mengadakan perbincangan dengan pemimpin masyarakat setempat supaya dapat mengenal pasti lokasi pemindahan penduduk terjejas jika berlaku bencana pada masa akan datang.


ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular