Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


‘Sedia platform setempat mudahkan YouTuber urus bayaran hak cipta’
Published on: Wednesday, July 01, 2020
By: Kazalinah Kamaludin
Text Size:

‘Sedia platform setempat mudahkan YouTuber urus bayaran hak cipta’
Jake mula aktif di YouTube pada 2013. – Foto Instagram Jake Hays
USAHA meningkatkan pengetahuan dan kesedaran awam sahaja tidak cukup untuk menangani sepenuhnya isu pelanggaran hak cipta khususnya membabitkan karya tempatan Sabah.

YouTuber dari Sabah, Jake Hays, 28, berkata satu platform setempat (one-stop) perlu diwujudkan bagi memudahkan pengkarya sepertinya yang menggunakan saluran itu untuk mengekspresikan bakat dan kreativiti seni, untuk memohon lesen dan membayar royalti kepada pengkarya asal tanpa berhubung dengan pihak ketiga. Katanya, yang berpangkalan di Kuala Lumpur, pihak ketiga itu boleh jadi pengurus, syarikat atau penerbit.

“Sebagai seorang pengkarya, saya juga menyokong usaha untuk meningkatkan lagi kesedaran mengenai hak cipta lagu. Saya berharap usaha ini diiringi dengan jalan penyelesaian. “Kemudahan perlulah disediakan. Gunakan teknologi sekarang untuk mewujudkan platform one-stop, di mana kami boleh membayar terus (yuran perlesenan atau royalti kepada pengkarya asal) jadi boleh menjimatkan masa pengkarya untuk mengeluarkan content (kandungan) mengikut jadual sepatutnya,” katanya kepada Hiburan Ekspres.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here