‘Selesai masalah lambakan pasir sungai di KB’
Published on: Thursday, July 02, 2020
SALAH satu stok pasir sungai di Kota Belud.
KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Usukan Datuk Japlin Akim menggesa kerajaan negeri Sabah untuk segera mencari jalan menyelesaikan masalah lambakan bekalan pasir sungai di daerah ini yang telah dilombong begitu serius sehingga mencapai ratusan juta metrik tan.Beliau berkata kerajaan negeri telah melantik beberapa syarikat untuk menjalankan aktiviti melombong pasir sungai di Sungai Kadamaian hingga ke muara Sungai Kuala Abai bertujuan mendalamkan dan membersihkan sungai berkenaan sebagai sebahagian daripada rancangan membantu menangani masalah banjir di Kota Belud.ADVERTISEMENT
Bagaimanapun, Japlin berkata, kini masalah timbul apabila pasir sungai yang telah dilombong menghadapi masalah lambakan serius berikutan jumlahnya melebihi permintaan dan keperluan pasaran tempatan terutama industri pembinaan.
“Kerajaan negeri perlu segera mencari jalan menyelesaikan masalah lambakan bekalan pasir sungai di Kota Belud memandangkan syarikat perlombongan menghadapi kesukaran menjual bekalan yang ada.
“Masanya sudah tiba bagi kerajaan negeri membenarkan pasir itu dieksport ke luar negara seperti Brunei Darussalam dan China, untuk mengatasi masalah lambakan selain menyelamatkan syarikat perlombongan terbabit,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Japlin berkata, masalah pasir yang menimbus muara sungai menjadi punca utama banjir sering berlaku di Kota Belud, selain aliran air sungai yang tidak lancar.ADVERTISEMENT Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
Peristiwa gempa bumi Ranau pada 2015 menyebabkan sungai tersumbat dan mengakibatkan banjir kerap berlaku di daerah itu setiap kali musim hujan seperti pada 2016, 2017, 2018 dan terbaru pada Sabtu lepas, katanya.