11 sekeluarga terselamat rumah ‘dirempuh’ banjir
Published on: Friday, July 03, 2020
By: R Gonzales
LEDAH (kedua dari kiri) serta sebahagian ahli keluarganya di PPS Dewan Masyarakat Tun Said, Kota Belud.
KOTA BELUD: “Rumah roboh depan mata namun kami bersyukur dilindungi Allah SWT kerana terselamat daripada kejadian,” kata ibu tunggal, Ledah Ajah @ Ideris, 51, mangsa banjir dari Kampung Lebak Engad, di sini.Menurutnya, dia yang menetap bersama empat anak, empat cucu serta dua menantu selepas suaminya meninggal lapan tahun lalu, mereka terpaksa bergegas menyelamatkan diri masing-masing.ADVERTISEMENT
“Tepat jam 10 malam, sabtu lalu, kami dibantu penduduk kampung menggunakan dua bot untuk berpindah ke rumah sekampung yang berada di kawasan bukit.
“Kejadian sangat pantas. Ketika itu air dari sungai melimpah ke darat lalu ‘kepala’ air yang datang menyebabkan kami tidak sempat menyelamatkan harta benda,” katanya.
Ledah berkata, pada masa sama, mereka berdoa memohon perlindungan Allah SWT ketika masih menaiki bot yang melawan arus utuk berpindah ke rumah penduduk lain.
“Keesokan harinya, jam 9 pagi, kami dibantu anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk berpindah di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).ADVERTISEMENT
“Saya bersama 35 penduduk lain masih berada di PPS Dewan Masyarakat Tun Said dan belum dibenarkan pulang. Jika dibenarkan pulang pun, kami tidak tahu ke mana hala tuju kami.
“Kami kini sehelai sepinggang dan berharap ada pihak yang sudi membantu kami termasuk penduduk lain yang mengalami kejadian sama,” katanya.
ADVERTISEMENT
Sementara itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kota Belud, Jimmy Alberto Tining berkata, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di satu PPS di Dewan Masyarakat Tun Said setakat jam 6 petang, Rabu masih kekal sebanyak 36 penduduk selepas banjir beransur pulih.
“Mereka yang terdiri daripada lapan keluarga ini adalah dari kampung yang belum selamat diduduki dan rumah yang rosak akibat banjir”.
“Kampung terlibat adalah Kampung Lebak Engad, Kampung Taun Gusi II dan Kampung Wakap,” katanya.Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
Jimmy berkata, pihaknya akan memastikan kawasan yang terjejas sebelum ini dipantau dari semasa ke semasa berikutan cuaca tidak menentu.