Permohonan Salleh perlu dikaji secara mendalam
Published on: Friday, July 03, 2020
By: Iskandar Dzulkifli
KOTA BELUD: Umno Kota Belud percaya permohonan bekas Bendahari Umno, Datuk Salleh Said Keruak untuk menyertai Umno semula perlu dikaji secara mendalam khususnya penerimaan akar umbi di kawasan ini.Ketua Bahagiannya, Awang Fadli Juanas berkata, ia penting memandang sentimen akar umbi yang masih terluka ekoran tindakan bekas wakil rakyat Tempasuk itu yang meninggalkan parti di saat Umno kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-14.ADVERTISEMENT
Menurutnya, Umno Kota Belud tidak menerima apa-apa permohonan daripada Salleh malah tidak dibincangkan di peringkat mesyuarat Umno Negeri dan hanya mengetahuinya selepas dimaklumkan Pengerusi Umno Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Raden.
“Umno Kota Belud berpendirian permohonan mana-mana individu untuk kembali ke Umno perlu diperhalusi dan dikaji dari segala sudut terutama sekali penerimaan akar umbi lebih-lebih lagi kita ingin kembalikan kepercayaan rakyat terhadap Umno,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
“Malah, permohonan ini juga harus mengambil kira sentimen rakyat yang masih terluka dan marah dengan sikap tidak bertanggungjawab pemimpin yang sanggup meninggalkan Umno di saat parti ini kalah.
“Di mana mereka apabila ahli Umno yang masih tinggal, bertatih untuk memperbaiki dan memperkukuhkan parti ini?,” katanya.ADVERTISEMENT
Terdahulu, Bung Mokhtar mengesahkan beliau telah menerima permohonan Salleh untuk menyertai semula Umno dan telah memanjangkannya kepada Majlis Tertinggi Umno untuk pertimbangan dan kelulusan.
Bung, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, berkata Umno Sabah terbuka dan menerima mana-mana bekas ahli dan pemimpin dari mana-mana parti termasuk Umno yang ingin bersama atau kembali ke parti ini.
ADVERTISEMENT
Awang Fadli berkata, pihaknya berpendapat kenyataan Bung itu lebih bersifat peribadi dan tidak mewakili pendirian Umno Sabah secara keseluruhan.
Katanya, isu permohonan Salleh ini juga telah dibawa dalam Mesyuarat Umno Kota Belud dan pendirian mereka disampaikan kepada kepimpinan peringkat negeri dan pusat.
“Saya berpendapat penerimaan mereka yang telah meninggalkan parti harus bersandar kepada manfaat yang mereka bawa bagi menjaga kepentingan suara akar umbi,” tegasnya.
Sebelum ini, Salleh yang juga bekas Ketua Menteri Sabah menerusi catatan dalam blog beliau sallehsaid.com memaklumkan bahawa beliau telah membatalkan permohonannya untuk menyertai PKR.
Beliau mengambil keputusan itu pada April lalu selepas memikirkan secara mendalam dan mengambil kira landskap politik hari ini termasuk pergolakan dalaman PKR.
Salleh yang juga bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, memohon untuk menyertai PKR pada Oktober tahun lalu selepas beliau bersama sebilangan besar kepemimpinan Umno Sabah meninggalkan parti pada Disember 2018.
Pada Rabu lepas, Bernama melaporkan Barisan Nasional (BN) mengambil sikap terbuka dan mengalu-alukan penyertaan semula Salleh ke dalam Umno.
Setiausaha Agung BN Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya tidak mempunyai halangan tentang permohonan tersebut, namun individu berkenaan perlu menjalani beberapa proses yang ditentukan pengurusan tertinggi.Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
“Kita memang ada menerima permohonan daripada Datuk Seri Salleh dan empat pemimpin kanan daripada Sabah, yang membuat keputusan kembali semula dan mereka perlu membuat permohonan baharu.
“Parti politik ini milik orang ramai, kami terima dengan hati yang terbuka, kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan,” katanya.