Sabah catat 21 kes kolera sejak 29 Mei
Published on: Friday, July 03, 2020
By: Larry Ralon
Gambar: Pixabay.com
Kota Kinabalu: Sabah mencatatkan dua kes kolera baharu pada Rabu lepas, masing-masing satu di Beaufort dan Semporna, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 21 setakat 1 Julai, sejak 29 Mei lepas.Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Frankie Poon, berkata kes-kes itu muncul dalam tempoh lebih sedikit daripada sebulan itu, disebabkan pencemaran air dan makanan.ADVERTISEMENT
Beliau berkata pesakit termuda dan tertua masing-masing adalah seorang bayi berusia setahun dan seorang warga emas berumur 80 tahun.
“Antara penyebab jangkitan bakteria ini adalah memakan makanan tidak dimasak atau mentah, dan tidak membersihkan alat memakan dengan air terawat.Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
“Gejala kolera yang termasuk cirit-birit boleh mendatangkan maut jika tidak dirawat, khususnya dalam kalangan bayi dan kanak-kanak disebabkan kehilangan cecair badan. Dengan itu, penting untuk kita mengambil langkah pencegahan dengan meminum air dimasak atau air botol, mencuci tangan sebelum makan atau mengendalikan makanan, dan selepas pergi ke tandas.
“Juga pastikan makanan laut dan daging betul-betul dimasak,” katanya selepas menerima sumbangan 25 unit mesin oksigen daripada Yayasan Temasek di Jabatan Kesihatan Sabah, di sini, Khamis.