Polis KK lupus 821 mesin judi
Published on: Friday, July 03, 2020
By: Stefyanie Myla Micheal
ZAINI meninjau barang kes sebelum pelupusan itu.
Kota Kinabalu: Ibu pejabat polis daerah (IPD) pada Khamis melupuskan 812 mesin berkaitan perjudian bernilai RM180,000, yang merupakan barang kes mahkamah, menerusi sistem pelupusan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Zaini Jass berkata pelupusan melibatkan itu melibatkan 13 kertas siasatan dengan 47 tangkapan dari 2005 hingga 2020 yang telah selesai, sejajar dengan peruntukan Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953.ADVERTISEMENT
“Terdapat satu kes setahun pada 2005, 2006, 2007, 2011, 2012, 2013, 2014, 2015 dan 2020 dan empat kes pada 2009.
“Antara barang kes yang dimusnahkan ialah 152 monitor, 149 CPU, 137 papan kekunci dan 28 mesin judi,” katanya memberitahu sidang media semasa di stor IPD Kota Kinabalu di Kepayan dekat sini.
Menurut Zaini, pada 2008, JAS menerbitkan panduan e-waste bertajuk “Garis panduan untuk Pengkelasan Peralatan Elektrikal dan Elektrik Terpakai di Malaysia”, yang mentakrifkan e-waste sebagai barangan elektrik dan elektronik yang tidak lagi digunakan atau sudah rosak.
“E-waste boleh mendedahkan bahaya jika tidak ditangani dengan sewajarnya dan jika ia tidak dilupuskan dengan sewajarnya, ia boleh menyebabkan masalah pencemaran serius kerana e-waste mengandungi bahan cemar seperti plumbum,” katanya.ADVERTISEMENT
Zaini berkata semua e-waste yang dikutip akan diuruskan oleh Syarikat Lagenda Bumimas Sdn Bhd untuk tujuan kitar semula.Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Mazli Mazlan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Negeri SAC Datuk Jauteh Dikun dan Ketua Polis Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji antara lain.
ADVERTISEMENT