Polis rampas arak seludup bernilai lebih RM2.3 juta
Published on: Friday, July 03, 2020
By: Stefyanie Myla Micheal
Gambar: Pexels.com (untuk ilustrasi sahaja)
Kota Kinabalu: Polis Sabah membuat rampasan minuman keras terbesarnya tahun ini selepas merampas sejumlah 18,320 karton minuman keras seludup pelbagai jenama, dengan anggaran nilai lebih RM2.3 juta.Tujuh individu juga ditangkap dalam tiga serbuan berasingan antara 23 hingga 29 Jun.ADVERTISEMENT
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Zaini Jass berkata, sebanyak tujuh kontena dirampas hasil maklumat awam dan risikan.
Beliau berkata serbuan pertama dijalankan pada pukul 12.05 tengah hari 23 Jun, membabitkan satu pasukan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran di sebuah gudang di KM27, Jalan Telipok Lama, Tuaran.
“Polis menemukan tiga kontena berisi karton minuman keras pelbagai jenis.
“Kontena pertama mengandungi 1,063 karton Amstel dan 1,649 karton Carlsberg; kontena kedua mengandung 2,593 karton Holland sementara kontena ketiga mengandungi 2,734 karton Ballehai.ADVERTISEMENT
“Polis menangkap seorang lelaki Dusun, 34, yang berperanan sebagai penjaga gudang itu dan seorang lagi lelaki Sino Kadazan berumur 24 tahun yang menjadi penyelia gudang tersebut,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelupusan Barang Kes Mesin Perjudian di sini, Khamis.
Menurut Zaini, nilai rampasan dalam serbuan pertama termasuk cukai berjumlah RM1,435,313.46, sementara siasatan terhadap dua suspek itu telah selesai dan dilepaskan dengan jaminan polis.
ADVERTISEMENT
Dalam serbuan kedua yang dijalankan pada pukul 4.10 petang 29 Jun, sebuah pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah merampas sebuah kontena yang diletakkan di kawasan lapang di Jalan Kilang, Kolombong.
“Kontena itu tidak dijaga dan polis menemkan 2,600 karton bir jenama Tiger bernilai RM507,159.12 termasuk cukai,” katanya.
Zaini berkata, dalam serbuan ketiga pada kira-kira pukul 6.15 petang hari yang sama, polis menyerbu tapak penyimpanan kontena di Jalan Tuaran Bypass dan merampas tiga kontena di samping menangkap tiga lelaki yang merupakan pemandu trak kontena kerana disyaki terbabit dalam aktiviti penyeludupan.
“Ketiga-tiga kontena didapati mengandungi minuman keras tidak dibayar cukai, di mana kontena pertama mengandungi 2,810 karton bir Anchor, kontena kedua 2,800 karton bir Ivan dan kontena ketiga 130 karton bir Tiger, di samping 1,600 karton bir Anchor dan 29 karton Stout.
“Jumlah rampasan termasuk cukai bernilai RM402,776.69. Tiga suspek berumur antara 37 dan 67 tahun itu direman sehingga 3 Julai,” katanya.
Zaini berkata mereka juga menangkap seorang lelaki Sino berumur 45 tahun dan seorang wanita Bajau berumur 32 tahun yang dipercayai terbabit dalam proses dokumentasi kontena. Mereka juga direman sehingga hari ini (Jumaat).Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
Menurut Zaini, jumlah keseluruhan rampasan adalah RM2,367,099.27.
Menurut beliau, minuman keras itu dipercayai diseludup masuk dari luar negara dan kesemua kes dipercayai mempunyai kaitan.