Fri, 19 Apr 2024

HEADLINES :


Sabah terima pelaburan projek RM7b di Meruntum
Published on: Saturday, July 04, 2020
By: Hayati Dzulkifli
Text Size:

Sabah terima pelaburan projek RM7b di Meruntum
SHAFIE (tengah), Jamalul (kedua dari kiri) dan Dr Ishak daripada YS, bersama Jerrand (kedua dari kanan) dan Wee (kanan) daripada Tegas Bangsa Sdn Bhd selepas penandatanganan perjanjian kerjasama itu pada Jumaat.
Kota Kinabalu: Sabah bakal menerima manfaat besar daripada sebuah projek pembangunan bercampur mega bernilai RM7 bilion di Meruntum, Lok Kawi, untuk dibina dalam masa 12 hingga 15 tahun di tanah milik Yayasan Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata ia adalah satu daripada pembangunan hartanah positif terbesar di Sabah di bawah kerajaan negeri yang diterajui Warisan dan akan termasuk hotal-hotel dan taman tema.

Pembangunan usaha sama itu adalah antara YS dan Tegas Bangsa Sdn Bhd, sebuah anak syarikat untuk tujuan khas Pavilion Real Estate Investment Trust (Pavilion REIT) bagi membangunkan tanah berasaskan pembangunan campuran komersial dan pelancongan.

Ilustrasi Artistik projek pembangunan bercampur mega bernilai RM7 bilion di Meruntum, Lok Kawi

“Sebaik projek ini dibangunkan, ia akan menjadi satu lagi tarikan untuk Sabah kerana lokasinya sangat strategik kerana ia terletak dekat dengan laut selain daripada beberapa pulau sedia ada yang saya pasti bukan sahaja menarik pelabur dan pembeli hartanah tetapi juga pelancong datang ke Sabah pada tahun-tahun akan datang.

“Sebenarnya lokasi itu adalah satu daripada kawasan yang telah menjadi tarikan kepada pelabur hartanah tetapi disebabkan penularan Covid-19, hasrat mereka terbantut.

“Tetapi kini YS telah mengambil inisiatif menerusi projek pembangunan ini yang kami alu-aluan dan akan membawa banyak peluang pekerjaan serta manfaat kepada kontraktor tempatan,” kata Shafie.

Beliau berkata demikian semasa satu sidang media selepas menyaksikan pemeteraian perjanjian pembangunan bersama di antara Yayasan Sabah diwakili Pengarahnya Datuk Jamalul Kiram Datuk Mohd Zakaria dan Setiausaha Korporat Dr Ishak Johari, sementara Tegas Bangsa Sdn Bhd diwakili oleh penandatangan diberi kuasa, Jerrand Lim Jen Jiang dan pengarah pembangunan perniagaannya, Wee Seng Fatt, di Pusat Pentadbiran Sabah, pada Jumaat.

Sebagai ganjaran untuk tanah itu, YS akan layak menerima bayaran minimum RM840 juta atau 12 peratus daripada Nilai Pembangunan Kasar (GDV), yang mana lebih tinggi. Kaedah bayaran untuk YS adalah dalam tunai (RM500 juta) dan bukan dalam bentuk wang (RM340). Berdasarkan kelayakan YS dan mengambil kira anggaran nilai tanah itu, YS dijangka akan mendapat pendapatan tambahan sekurang-kurangnya RM568 juta daripada pembangunan yang dicadangkan itu.

Selepas pelaksanaan perjanjian itu, Tegas Bangsa Sdn Bhd akan membayar YS sejumlah RM8.4 juta.

Shafie yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah berkata beliau yakin sepenuhnya projek usaha sama ini dan syarikat itu mempunyai pengalaman yang luas dan boleh dipercayai dalam pembinaan dan kedudukan kewangan yang kukuh untuk menyiapkan projek itu.

“Saya percaya ia inisiatif baik, kali pertama YS menandatangani pembangunan bersama dengan sektor swasta membabitkan pelaburan RM7 bilion untuk membangunkan projek.

“Saya percaya dalam keadaan sekarang, rakyat akan mendapat peluang pekerjaan yang banyak dan ia juga memberi peluang untuk kontraktor kecilan.

“Saya berharap pembinaan dapat bermula secepat mungkin. Pelan pembangunan sedang dirancang. Jadi lebih cepat, lebih baik untuk semua.

“Jika ada sebarang kesulitan, jangan teragak-agak. Saya ada untuk memudahkannya dan saya sendiri akan memantau perkembangan projek di tapak lokasi yang juga berdekatan dengan projek KK Resort City,” katanya.

Shafie percaya projek itu akan menarik pelabur kerana reka bentuknya mencerminkan gaya hidup berbeza di Kota Kinabalu, yang beliau samakan dengan i-London City, dan projek itu akan mendirikan banyak pembangunan fizikal untuk memanfaatkan banyak sektor.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here