Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


Ranau destinasi utama pelancong domestik, luar
Published on: Monday, July 06, 2020
Text Size:

Ranau destinasi utama pelancong domestik, luar
LIEW (keempat dari kanan) menerima cenderahati daripada Tham. Turut kelihatan, Abidin (keempat dari kiri) dan Jawatankuasa Dewan Perdagangan Cina Ranau.
RANAU: Ranau menjadi destinasi utama bagi kedua-dua pelancong domestik dan antarabangsa dalam industri pelancongan Sabah, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew.

Beliau berkata, daerah itu mempunyai semua ciri-ciri penting untuk dijadikan sebagai destinasi pelancongan utama. “Seperti kita semua tahun, Taman Kinabalu merupakan Tapak Warisan Dunia Unesco, dan ditambah lagi Gunung Kinabalu, air terjun dan kepelbagaian bionya yang sangat banyak. Puncak Kinabalu yang terkenal di seluruh dunia merupakan anugerah berharga Tuhan untuk kita. Saya sendiri pernah mendaki sekurang-kurangnya dua kali sebelum ini.

“Dan kita ada Kolam Air Panas Poring, Taman Peringatan Perang Kundasang, ladang teh Sabah, tapak semaian orkid Sabah, ladang strawberi, ladang sayur organik, pusat peranginan tanah tinggi dan kemudahan inap desa.

“Ketika kita memelihara warisan semula jadi kita, saya percaya masih ada ruang luas untuk mempelbagaikan industri dengan mewujudkan produk pelancongan baharu di Ranau,” katanya, dalam sebuah majlis bersama Dewan Perdagangan Cina Ranau (diketuai oleh Datuk Jimmy Tham Yuk Leong sebagai Pengerusi) di bangunan Persatuan Hakka Daerah Ranau, Sabtu lepas.

Liew, yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, mengulas gesaan Tham untuk mempopularkan Ranau ke seluruh dunia. Tham berkata, pandemik Covid-19 memberikan kesan ke atas prospek pelancongan di daerah itu.

“Dianugerahkan dengan sumber semula jadi, Ranau sangat sesuai untuk pengembaraan dan pelancongan agro. Durian terbaik di Sabah datang dari sini,” katanya.

Liew berkata kementeriannya mengalu-alukan cadangan berhubung produk pelancongan baharu dari Tham, Adun Paginatan Datuk Abidin Madingkir, komuniti perniagaan tempatan dan penduduk Ranau.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Liew berkata jika semuanya berjalan lancar seperti dirancang, kerja untuk menaiktaraf Kolam Air Panas Poring akan bermula hujung tahun ini.

Sementara itu, beliau mengumumkan peruntukan sebanyak RM20,000 untuk Persatuan Hakka Daerah Ranau, yang juga dipengerusikan oleh Tham. Menurut Liew, persatuan itu boleh menggunakan sebahagian peruntukan berkenaan untuk membaikpulih bangunan persatuan itu yang dikongsi bersama Dewan Perdagangan Cina Ranau.

Turut hadir adalah Abidin yang juga Penasihat Undang-Undang Persatuan Hakka Ranau, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kundasang Siriman Basir, Penasihat Persatuan Datuk Hiew Sin Kiong, Kapitan Cina Abdul Halik Chong dan Yap Fook Loi serta setiusaha politik Liew, Mustapha Sakmud dan Vivien Lee.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here