Penduduk Pitas mahu Shafie selesai pertikaian tanah
Published on: Monday, July 06, 2020
Kota Kinabalu: Ratusan penduduk dari 54 kampung di daerah Pitas merayu kepada Ketua Menteri Datuk Seri Shafie Apdal (gambar) untuk campur tangan bagi menyelesaikan kemelut tuntutan tanah adat terhadap Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah (Safoda).Mewakili penduduk kampung-kampung terbabit, Maklin Masiau, yang juga seorang Pesuruhjaya Sumpah, berkata beliau didatangi oleh wakil-wakil kampung yang meminta nasihat.ADVERTISEMENT
“Mereka menyuarakan tuntutan mereka dan berharap kerajaan negeri dapat membantu mereka, memandangkan Safoda merupakan sebuah badan berkanun di bawah Jabatan Ketua Menteri.
Beliau berkata, kira-kira 2,000 peserta Ladang Bagahak di Lahad Datu telah mendapat kembali tanah yang mereka tuntut daripada Sawit Kinabalu sejak 12 tahun lalu, baru-baru ini, hasil campur tangan Ketua Menteri.
“Sehubungan itu, kami juga mengharapkan pertikaian antara penduduk kampung dan Safoda di Pitas akan mendapat perhatian Ketua Menteri memandangkan kes ini telah berlaku puluhan tahun.
“Sebahagian besar kampung-kampung ini sedang dalam perbicaraan dengan Safoda di mahkamah, dan kos perbicaraan sudah menelan ratusan ribu ringgit.ADVERTISEMENT
“Ia amat menyedihkan kerana penduduk terpaksa berjuang sendiri untuk menuntut tanah milik mereka,” katanya.
Maklin berkata, Kerajaan Negeri Sabah, sekitar 1980 telah mewartakan sejumlah besar kawasan di Pitas untuk penanaman pokok akasia.
ADVERTISEMENT
“Bagaimanapun, dengan pertambahan penduduk, tanah-tanah ini seharusnya dikembalikan kepada penduduk supaya penduduk sendiri boleh berdikari untuk membangunkannya,” katanya.Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
Sesuai dengan janji dalam Manisfesto Pilihan Raya Warisan pada PRU14, Maklin yang juga bekas calon Warisan DUN Pitas merayu agar kerajaan mempertimbangkan rayuan penduduk.
Beliau menambah, Enakmen Safoda 1977 dan 1981 perlu dikaji semula dengan memberi lebih tumpuan kepada bidang lebih relevan.