1,357 lagi ahli Warisan Libaran umum keluar parti
Published on: Monday, July 06, 2020
By: Mardinah Jikur
SANDAKAN: Seramai 1,357 ahli Parti Warisan Sabah (Warisan) menjadi kumpulan ketiga di kawasan Parlimen Libaran mengumumkan keluar parti itu berkuat kuasa serta-merta.Bekas ketua cawangan Warisan Batu 15, Satar Wahab, yang mengetuai kumpulan itu, berkata ahli-ahli dari lapan cawangan di kawasan DUN Gum-Gum, mengambil keputusan untuk keluar parti itu kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti.ADVERTISEMENT
"Tiada seorang pemimpin parti pernah menjenguk dan mengambil peduli masalah kami di peringkat cawangan sejak menang pilihan raya umum (ke-14) yang lalu,” katanya, menambah mereka hanya dapat mengadu kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung jika terdapat isu seperti rumah usang dan keperluan lain.
"Kami juga keluar tanpa dipengaruhi dan paksaan daripada mana-mana pihak," tambahnya.
“ingin menyatakan sokongan kami terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri," katanya pada sidang media di Kampung Gum-Gum, Batu 16, di sini, Ahad lepas.Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
Pada 26 Jun lepas, lebih 1,000 ahli daripada 11 cawangan di Parlimen Libaran mengumumkan keluar parti atas sebab yang sama iaitu hilang kepercayaan pada kepimpinan parti.ADVERTISEMENT
Empat hari kemudian (30 Jun), seramai 1,320 ahli parti itu daripada 12 cawangan di kawasan Parlimen sama juga mengumumkan keluar parti.