Empat didakwa edar syabu sejumlah 51.461g
Published on: Tuesday, July 07, 2020
By: Cynthia D Baga
Gambar: AFP.
SANDAKAN: Empat belia didakwa secara berasingan atas tuduhan mengedar sejumlah 51.461 gram syabu.Mereka adalah Fong Wei Hong, 22, Liew Zheng Da, 20, Chu Shan Yuen, 18, dan Meng De Xuan, 20.ADVERTISEMENT
Kesemua tertuduh masing-masing dibawa ke hadapan Majistret Herlina Muse, untuk menghadapi tuduhan terhadap mereka, pada Isnin.
Bagaimanapun, tiada pengakuan diambil daripada mereka kerana pengakuan mereka akan diambil di Mahkamah Tinggi.
Fong dituduh mengedar 12.392 gram syabu, Liew didakwa mengedar 12.346 gram, sementara Chu dan Meng masing-masing didakwa mengedar 13.364 gram 13.359 gram syabu.
Mereka ditahan pada pukul 2.40 petang 23 Jun tahun ini di Pejabat Penguatkuasaan Kastam, di sini.ADVERTISEMENT
Mereka didakwa secara berasingan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup serta sebatan sekurang-kurangnya 15 kali, atau hukuman mati, jika sabit kesalahan.Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
Mahkamah menetapkan 13 Ogos tahun ini untuk sebutan kes sementara menunggu laporan kimia terhadap dadah itu, dan empat tertuduh diperintah reman lanjut.
ADVERTISEMENT
Timbalan Pendakwa Raya Lim Sze Chuen hadir untuk pendakwaan sementara peguam Dominic Chew mewakili Fong dan Liew, manakala peguam Ariel Dasan mewakili Chu dan Meng.