Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


Miliki syabu: Dua lelaki diperintah bela diri
Published on: Tuesday, July 07, 2020
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Miliki syabu: Dua lelaki diperintah bela diri
Kota Kinabalu: Dua lelaki diperintah membela diri terhadap tuduhan memiliki 34.2 gram syabu.

Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz membuat perintah itu kepada Rahmat Matali, 41, dan Daud Yusof, 50, selepas memutuskan bahawa pendakwaan telah mewujudkan kes prima facie terhadap mereka.

Mahkamah menetapkan 12-13 Ogos tahun ini untuk pembelaan mereka.

Rahmat dan Daud dituduh memiliki dadah itu di belakang hospital di Kuala Penyu pada pukul 12.40 tengah hari 27 Disember 2018.

Kesalahan di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya itu membawakan hukuman penjara antara lima tahun dan penjara seumur hidup, serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan telah memanggil tujuh saksi dalam perbicaraan.

Peguam Datuk Norbert Chin mewakili Rahmat sementara Daud diwakili oleh peguam Bartholomew Jingulam.

Di mahkamah sama, seorang lelaki dipenjara tiga bulan kerana memasuki negeri ini secara haram.

Razmel Abdul Rahim mengaku memasuki negeri ini tanpa sebarang dokumen pengenalan. Dia ditangkap pada 23 Jun tahun ini selepas gagal menunjukkan sebarang dokumen kepada polis.

Mahkamah memerintah Razmel menjalani hukuman penjara itu dari tarikh dia ditangkap.

Selepas menjalani hukuman tersebut, Razmel diperintah rujuk ke Jabatan Imigresen. 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here