September bulan kritikal untuk pemilik perniagaan: Satta
Published on: Tuesday, July 07, 2020
By: Hayati Dzulkifli
Winston
Kota Kinabalu: Semua bank harus menimbang untuk melanjutkan tempoh moratorium pinjaman Covid-19 selama tiga hingga enam bulan lagi, kerana September adalah bulan yang kritikal untuk pemilik perniagaan memutuskan sama ada mahu menutup perniagaan mereka.Presiden Persatuan Agensi Pelancongan dan Pengembaraan Sabah (Satta) Datuk Seri Winston Liaw yang membuat gesaan itu, berharap bank-bank yang memutuskan untuk tidak melanjutkan moratorium akan mempertimbangkan semula keputusan mereka untuk manfaat kedua-dua pihak.ADVERTISEMENT
“Oleh kerana negara kita berjaya membendung koronavirus dengan efektif, kita menjangka ekonomi akan mula berubah haluan pada September, dan bank-bank tidak harus menghalang pemulihan dengan menamatkan moratorium kerana tindakan seperti itu umpama menambah garam ke dalam luka,” katanya memberitahu Daily Express.
Liaw berkata jika situasi ekonomi menjadi semakin buruk, banyak yang akan menutup akaun bank sedia ada dan memindahkan dana mereka ke bank-bank yang memberikan bantuan pada waktu yang mencabar ini.
“Ini boleh mencetuskan ‘bank runout’ jika banyak pelanggan mula menjauhi bank yang tidak membantu,” katanya.
Sementara itu, Liaw menyuarakan sokongan penuh terhadap pencalonan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan.ADVERTISEMENT
Beliau menyifatkan ia sebagai satu kejayaan buat rakyat Sabah untuk menjadi pemimpin negara.
“Kita pastinya berharap PM Sabah akan menjaga kepentingan Sabah untuk membangunkan lebih banyak infrastruktur seperti lebuh raya, sistem perparitan yang bagus, sistem keretapi yang bagus dan sistem pengangkutan awam yang bagus, antara lain.
ADVERTISEMENT
Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
“Kita melihat Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal terlibat dalam lawatan peribadi ke pelbagai majlis kumpulan etnik dan tempat kejadian bencana seperti banjir baru-baru ini. Beliau adalah KM yang baik dan tentu akan menjadi PM yang baik.”