Kes 10 kakitangan penjara dituduh bunuh banduan ke Mahkamah Tinggi
Published on: Wednesday, July 08, 2020
By: Jo Ann Mool
Kota Kinabalu: Kes 10 kakitangan penjara yang didakwa membunuh seorang banduan di Penjara Kepayan, dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.Majistret Afiq Agoes pada Selasa mengeluarkan perintah ke atas kes kakitangan penjara itu susulan permohonan oleh pendakwaan agar kes mereka dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.ADVERTISEMENT
Peguam Kanan Persekutuan, Khairul Anuar, ketika membuat permohonan itu, memaklumkan kepada mahkamah bahawa satu persetujuan untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi untuk pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan telah diperolehi.
Kesemua 10 tertuduh ialah inspektor penjara Dzulfikri Mohd Safri, 28 dan warden Barry Jipmon, 30, Farizan Mokri, 40, Mohd Saiful Saidin, 34, Amran Yasik, 25, Ab Mutalib @ Talib Abd Rasul, 40, Zerry Maidin, 33, Tomy Momoh, 36, Shahryll Nazry Wan Sofian, 25 dan Muhammad Fazi Lakui, 32.
Kesemua mereka didakwa bersama membunuh Shainal Mukhtar, 36, di satu sel Blok Gemilang, Penjara Pusat Kota Kinabalu, Jalan Kepayan dekat sini pada jam 4.30 petang, 4 Oktober 2019.
Pengakuan mereka akan direkodkan di Mahkamah Tinggi. Pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.ADVERTISEMENT
Kesemua 10 tertuduh itu diperintah direman lanjut memandangkan dakwaan terhadap mereka tidak boleh diikat jamin.
Bersama Khairul ialah Timbalan Pendakwaraya Awam, Mohd Khairuddin Idris.
ADVERTISEMENT
Peguam Hairul V. Othman dan Dominic Chew mewakili kesemua tertuduh pada Selasa.
Dalam kes lain, seorang lelaki didenda RM5,000 atau 24 bulan penjara kerana memiliki 5.63 gram ketamin.Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
Johnson Wong mengaku bersalah di hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun, memiliki dadah itu pada jam 4 petang, 28 Mei 2020 di Penampang.
Inspektor Albert Basiri melakukan pendakwaan