Jelapang padi Kota Belud hasilkan 60 peratus padi Sabah: Kiandee
Published on: Friday, July 10, 2020
By: Bernama
KOTA BELUD: Projek jelapang padi di daerah ini menghasilkan kira-kira 60 peratus daripada keseluruhan hasil padi Sabah, justeru masih terlalu awal bagi mana-mana pihak untuk mengatakan projek itu gagal, kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.Katanya projek itu yang diuruskan oleh Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kota Belud masih dalam proses pembangunan dan kini menunjukkan beberapa kejayaan awal termasuk penanaman padi dua kali setahun hasil penambahbaikan sistem pengairan.ADVERTISEMENT
“Tentu sekali masih banyak perlu dilakukan. Beberapa tambahan projek baharu sekarang ini sedang diolah oleh kementerian dan akan dimuktamadkan dalam masa terdekat. Kami menjangkakan selepas semua pembangunan dirancang dilaksanakan, kita akan melihat lebih banyak kejayaan besar IADA Kota Belud pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Beluran pada 7 Mei lepas yang menyifatkan projek jelapang padi di Kota Belud gagal dan tidak mendatangkan hasil seperti diharapkan meskipun telah menelan belanja hampir RM400 juta.
Mengulas lanjut, Kiandee berkata projek melibatkan kawasan seluas 5,000 hektar yang diusahakan oleh lebih 3,600 pesawah itu telah menelan belanja sebanyak RM159 juta daripada RM350 juta yang diperuntukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11), dan bakinya akan disambung dan diselaraskan dalam RMK12.
Dalam perkembangan berkaitan, Kiandee berkata, Padiberas Nasional Berhad (Bernas) akan membina lima kilang padi di negeri ini sebagai sebahagian daripada obligasi sosial agensi itu yang akan dilaksanakan mulai tahun depan.ADVERTISEMENT Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
Sementara itu, Kiandee turut menyerahkan bantuan berjumlah RM202,603 melalui Tabung Bencana Tanaman Padi kepada 185 pesawah yang mengalami kerugian akibat musim kemarau pada Mac lepas dalam satu majlis ringkas diadakan di perkarangan pejabat IADA Kota Belud.
Mengenai pesawah terjejas oleh banjir baru-baru ini, beliau berkata penilaian kerugian masih dijalankan dan dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya 45 hari.