Lanjut moratorium bayaran pinjaman untuk enam bulan lagi: Chan
Published on: Friday, July 10, 2020
Kota Kinabalu: Kerajaan Persekutuan Perikatan Nasional (PN) harus melanjutkan moratorium ke atas bayaran balik pinjaman supaya industri-industri yang terkesan teruk oleh pandemik Covid-19, khususnya industri pelancongan dan hotel, kembali bangkit.Membuat gesaan itu, MP Kota Kinabalu Chan Foong Hin (gambar), berkata ramai orang dan perniagaan masih bimbang dan tidak bersedia berdepan dengan hari-hari selepas 30 September apabila moratorium bagi bayaran balik pinjaman dengan bank berakhir.ADVERTISEMENT
“Memandangkan lebih banyak syarikat memberhentikan pekerja, kadar pengangguran akan melonjak dan pasaran akan terjejas oleh satu lagi gelombang impak kewangan selepas September.
“Orang ramai yang terjejas oleh pengangguran, serta perniagaan yang berdepan masalah pusing ganti, akan memerlukan bantuan segera daripada kerajaan untuk kekal bertahan dan tidak bankrap atau muflis.
“Pandemik global itu menjejaskan industri pelancongan dengan teruk. Justeru, saya menggesa kerajaan persekutuan untuk melanjutkan moratorium bayaran balik pinjaman untuk enam bulan lagi dari Oktober 2020,” katanya.
Chan, yang juga setiausaha DAP Sabah, berkata demikian dalam kenyataan di sini Khamis lalu selepas menghadiri satu dialog yang dihoskan oleh Perbadanan Pembangunan Bandar Sabah (SUDC) pagi itu dengan pengurusan Ming Garden Hotel and Residences, dan pemilik-pemilik suite servis.ADVERTISEMENT
Peserta dialog itu termasuk Pengarah Urusan SUDC, Anthony Dumpangol dan pemilik suite servis Datuk Seri Winston Liau (yang juga merupakan Pengerusi Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Sabah – Satta), antara lain.
Dialog itu diadakan khususnya bagi membolehkan pemilik-pemilik suite servis Ming Garden Hotel untuk bertemu dengan pengurusan dan untuk membincangkan cara yang mereka boleh ambil untuk membantu pengurusan dalam menangani impak pandemik Covid-19.
ADVERTISEMENT
Juga dalam agenda perbincangan adalah untuk merundingkan kemungkinan diskaun sewa ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diberi kepada pemilik yang menyewakan unit-unit mereka kepada pengurusan hotel.
Chan berkata moratorium seumpamanya harus diberi khususnya kepada industri yang terjejas teruk oleh pandemik itu dan belum melihat sebarang peningkatan dalam perniagaan mereka, seperti hotel, pelancongan dan industri hiburan.
Beliau menambah, industri-industri ini memerlukan perhatian khusus kerajaan.Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
“Perdana Menteri sebelum ini menyatakan bahawa moratorium bayaran pinjaman enam bulan itu membabitkan jumlah sekitar RM100 bilion.
“Bagaimanapun, menurut laporan Menteri Kewangan, setakat 19 Jun tahun ini, jumlah pembayaran balik tertangguh hanyalah RM47.5 bilion, yang berada di bawah jumlah yang diumumkan. Justeru, saya percaya pelanjutan moratorium itu sangat wajar,” kata Chan.