Wed, 24 Apr 2024

HEADLINES :


Shafie serah 2,300 geran individu di Keningau
Published on: Friday, July 10, 2020
By: Bernama
Text Size:

Shafie serah 2,300 geran individu di Keningau
SHAFIE (keempat dari kanan) menyampaikan geran kepada salah seorang penerima.
KENINGAU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Shafie Afdal pada Khamis menyerahkan 2,300 geran individu melibatkan keluasan 6,425.51 hektar untuk penduduk 101 buah kampung di daerah ini.

Sebanyak 3,075.45 hektar daripadanya adalah hasil pemansuhan geran komunal bagi sembilan kampung di Sook di sini; 1,395.99 hektar pula adalah hasil pengukuran tanah menerusi Program Perkhidmatan Tanah Adat Negeri Sabah (Pantas); manakala 1,953.07 hektar lagi menerusi permohonan tanah.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis penyerahan itu di sini, Mohd Shafie berkata, penyerahan geran itu bertujuan membolehkan penduduk kampung mempunyai geran sekali gus menasihatkan mereka supaya tidak menjual tanah sebaliknya mengusahakannya bagi meningkatkan sumber ekonomi.

Penduduk kampung juga perlu menjaga dan memelihara tanah berkenaan bagi memastikan mereka mempunyai aset untuk diwariskan kepada generasi seterusnya, katanya.

Pada majlis itu, Mohd Shafie turut mengumumkan seluas 15.818 hektar tanah diwartakan untuk tiga kampung iaitu Kampung Serumpun (5.12 hektar); Kampung Kiritkot Baru (2.228 hektar) dan Kampung Linsudan (8.47 hektar).





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here