Fri, 19 Apr 2024

HEADLINES :


Tiada keperluan wujud JPKKP di Sabah: Ewon
Published on: Saturday, July 11, 2020
Text Size:

Tiada keperluan wujud JPKKP di Sabah: Ewon
Kota Kinabalu: Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Ewon Benedick (gambar) menyifatkan cadangan penubuhan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) di Sabah sebagai satu bentuk ketuanan Malaya ke atas Sabah dan sama sekali tidak akan membantu ke arah penyatuan negara bangsa.Menurutnya, badan pentadbiran kampung merupakan urusan Kerajaan Negeri Sabah selama ini dan sebarang cadangan pewujudan badan pentadbiran persekutuan seperti JPKKP merupakan pencerobohan autonomi.

“Saya akan mengangkat isu ini ke mesyuarat Jemaah Menteri Sabah minggu depan, tetapi saya ingin merekodkan bantahan saya ke atas cadangan tersebut. Kerajaan Negeri akan mengekalkan penubuhan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang sedia ada sehingga tamat tempoh pelantikan pada hujung tahun ini.

“Saya tidak nampak cadangan tersebut (pewujudan JPKKP di Sabah) boleh membantu penyatuan rakyat Sabah pada jangka masa panjang. “Ianya juga tidak membantu aspirasi rakyat Sabah yang sudah sekian lama menuntut pengembalian hak-hak termasuk autonomi pentadbiran. “Ianya hanya akan mewujudkan kekucar-kaciran dalam kalangan rakyat kita,” kata beliau.

Ewon berkata, tiada keperluan untuk menubuhkan JPKKP di Sabah sekalipun Kerajaan Persekutuan mahu memperkasakan Ahli-Ahli Parlimen atau Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri yang menyokong gagasan politik Kerajaan Persekutuan hari ini.

“Harus diingat bahawa hal-hal berkaitan tanah dan pembangunan tanah masih menjadi kuasa penuh Kerajaan Negeri. Jika JPKKP atau jawatankuasa-jawatankuasa persekutuan lain mahu bercakap tentang pembangunan tanah, ianya masih memerlukan kelulusan di peringkat Kerajaan Negeri. “Justeru, dalam hal ini, penubuhan JPKPP di Sabah akan menjadi satu pelaburan yang sia-sia jika Kerajaan Negeri tidak membenarkan pembangunan tanah tersebut. Adalah lebih baik Kerajaan Persekutuan menghormati autonomi Kerajaan Negeri. Kita sama sekali menolak ketuanan Malaya ke atas Sabah, ketuanan Malaya ke atas kampung-kampung kita di seluruh Sabah,” katanya.

“Saya tidak pasti apakah pendirian Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak terhadap cadangan ini, tetapi jika beliau menyokong cadangan ini, maka saya boleh mengatakan antara sumbangan kementerian ini adalah memecah-belahkan komuniti kampung di seluruh Sabah melalui pewujudan satu lagi badan pentadbiran persekutuan walaupun tiada keperluan sama sekali selain hanya memenuhi kehendak politik,” katanya.

Ewon yang juga Adun Kadamaian menyatakan perkara itu ketika diminta mengulas laporan berita Bernama mengenai penubuhan JPKKP di Sabah dan negeri-negeri yang tidak bersekutu secara politik dengan perikatan Kerajaan Persekutuan.

Ewon turut meminta kesemua MPKK di seluruh Sabah sedia ada untuk terus melaksanakan amanah sepanjang tempoh pelantikan masing-masing.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here