Fri, 19 Apr 2024

HEADLINES :


66 anggota Rela bertugas di Kunak ketika PKPP
Published on: Monday, July 13, 2020
By: Ibrahim Tabir
Text Size:

66 anggota Rela bertugas di Kunak ketika PKPP
Abdullasan
KUNAK: Sejumlah 66 anggota Jabatan Sukarelawan Rakyat (Rela) bertugas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini bagi membantu polis dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memastikan penguatkuasaan dan peraturan Prosidur Operasi Standard (SOP) dipatuhi khususnya dalam usaha pencegahan penularan pandemik Covid-19.

Pegawai Rela Daerah (PRD) Kunak, Mohd Amin Mohd Arsyad berkata, penugasan anggotanya meliputi 10 lokasi termasuk satu di Sekatan Jalan Raya (SJR) Jalan Pekan Kunak semasa tempoh PKPP.

“Operasi melibatkan bantuan anggota Rela sebenarnya sudah bermula semasa PKP, PKPB dan PKPP. Kita berjaya memastikan setiap perjalanan operasi berjalan lancar yang mana keselamatan dan kesihatan setiap anggota yang bertugas juga menjadi keutamaan jabatan,” kata Mohd Amin ketika ditemui Harian Ekspres di           sini.

Pasukan itu turut menjalankan rondaan di bawah ‘Ops Payung’ bagi membantu pihak polis menguatkuasakan peraturan penjarakan sosial di tempat-tempat tumpuan umum.

“Kita turut menempatkan anggota semasa Ops Payung antaranya di kawasan bank, pasaraya, kedai runcit, kedai serbaneka, Pasar ikan dan Pasar Am serta Pasar Tamu mingguan,” kata Amin.

Sementara itu, anggota Rela yang ditemui di sini,  Abdullasan Marajuad yang bertugas sejak fasa pertama PKP sehingga PKPP ketika ini berkata, setiap hari sebelum memulakan tugas di lapangan, dia memastikan kesihatan dirinya menjadi keutamaan.

“Memerangi wabak Covid-19 lebih mencabar dan kewaspadaan sentiasa menjadi perhatian penting. Aspek keselamatan dan penjagaan diri semasa di tempat kerja dan semasa balik ke rumah kerana ada keluarga yang menunggu,” kata Abdullasan yang turut menghargai kerjasama orang awam yang memahami tugas mereka dalam memerangi pandemik global itu.

Rakan sekerjanya Harri Usman yang bertugas semasa Ops Payung berkata, beliau juga melihat penugasan memerangi penularan Covid-19 satu peristiwa yang mencabar.

“Tugas menjaga keselamatan orang awam tanpa mengira masa menuntut kesabaran kerana kita berdepan banyak cabaran dari berbagai sudut. Inilah peluang berbakti kepada masyarakat,” kata Harri.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here