25 NGO di bawah Gannos bakal terima geran bantuan
Published on: Monday, July 13, 2020
By: Anthea Peter
Kota Kinabalu: Kira-kira 25 badan bukan kerajaan (NGO) di bawah Gabungan NGO Negeri Sabah (Gannos) dijangka mendapat manfaat daripada Geran Bantuan Khas Perbendaharaan daripada Kerajaan Persekutuan.Yang Dipertua Gannos, Dato Nani Sakam (gambar) berkata tujuan utama bantuan itu adalah untuk membiayai misi NGO dan aktivitinya.ADVERTISEMENT
Tambahnya, jumlah pembiayaan adalah bergantung kepada aktiviti NGO, yang akan dinilai dan ditentukan oleh kerajaan dengan sewajarnya.
“NGO boleh menyenaraikan program mereka, dan dari sana kerajaan akan menentukan berapa banyak untuk diberikan, sama ada RM50,000 atau RM60,000 atau banyak lain, ia tergantung,” katanya kepada pemberita semasa sesi taklimat berhubung geran itu kepada ketua-ketua NGO, di BTC Luyang, di sini, pada Ahad.
Nani mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atas inisiatif untuk membantu NGO.
“Kami juga berharap Kerajana boleh mempercepatkan proses permohonan,” katanya.ADVERTISEMENT
Geran Bantuan Khas Perbendaharaan adalah peruntukan Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
Ia diagihkan kepada NGO-NGO untuk menggalakkan penyertaan dan penglibatan dalam program serta perkhidmatan kebajikan.
ADVERTISEMENT
Ia memerlukan NGO untuk bertindak sebagai rakan kongsi dengan Kementerian itu bagi menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, selain daripada perkhidmatan kerajaan.