Tindakan terhadap setinggan Bukit Bendera
Published on: Tuesday, July 14, 2020
By: Sherell Jeffrey
GAMBAR penempatan setinggan di Bukit Bendera yang menjadi tular di media sosial itu.
Kota Kinabalu: Kebimbangan terhadap penempatan setinggan sekali lagi dibangkitkan oleh netizen di media sosial.Terbaru melibatkan sebuah penempatan setinggan di Bukit Bendera yang menurut netizen kelihatan semakin berkembang walaupun aduan sudah dibuat kepada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) beberapa tahun lalu.ADVERTISEMENT
Gambar penempatan setinggan itu telah tersebar di kumpulan WhatsApp pada Ahad.
“Ia adalah tanah milik persendirian dan kami telah menghubungi pemilik tanah yang bersedia mengambil tindakan undang-undang,” kata Mayor Datuk Nordin Siman.
Beliau berkata setinggan di kawasan itu terdiri daripada campuran warga tempatan dan asing.
Difahamkan pemilik tanah itu kini dalam proses mendapatkan perintah mahkamah untuk pengusiran di Bukit Bendera.ADVERTISEMENT
Pemilik tanah itu telah mendapatkan seorang peguam untuk mendapatkan perintah mahkamah untuk pengusiran. Ia juga difahamkan bahawa sebaik perintah mahkamah diperoleh, barulah DBKK boleh mula merobohkan struktur haram itu.
Di bawah undang-undang kecil bangunan, DBKK hanya boleh merobohkan struktur haram, kerana untuk pengusiran, pemilik tanah perlu mendapatkan perintah mahkamah.
ADVERTISEMENT
Pada Februari tahun ini, Timbalan Ketua Menteri merangkap Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Jaujah Sambakong dipetik sebagai berkata bahawa ketika ini terdapat 227 penempatan setinggan dengan sejumlah 153,188 penduduk di seluruh Sabah.Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
Kota Kinabalu mengungguli senarai dengan 54 setinggan, diduduki oleh 34,173 orang, disusuli Sandakan dengan 34 penempatan setinggan (29,192 orang), Tawau dengan 28 (15,0789) dan Semporna 18 (31,292).
Lahad Datu mempunyai 14 setinggan (21,084 penduduk), sementara Beluran mempunyai 2,640 orang dan Putatan 2,206 masing-masing dengan 10 penempatan setinggan.