Sun, 21 Apr 2024

HEADLINES :


Kastam rampas dadah bernilai RM1.15j
Published on: Tuesday, July 14, 2020
By: Lagatah Toyos
Text Size:

Kastam rampas dadah bernilai RM1.15j
Abdullah (tengah) bersama pegawai-pegawai kanannya menunjukkan dadah yang dirampas ketika sidang media itu.
TAWAU: Sebanyak 23 kilogram (kg) dadah jenis Methamphetamine bernilai RM1.15 juta dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam tiga rampasan berasingan – dua di Kota Kinabalu dan satu di Tawau menerusi laluan udara atau Lapangan Terbang.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Datuk Abdullah Jaapar, berkata tangkapan dan rampasan itu merupakan kes keempat direkodkan pihaknya dalam tempoh dua minggu, termasuk rampasan 50 kg dadah di Sandakan baru-baru ini.

Menurutnya, kejayaan menerusi Ops Ice Break II 2020 dan Ops Benteng tersebut turut menyaksikan empat suspek ditahan dalam dua tangkapan berasingan.

Katanya, kes pertama direkodkan 1 Julai lalu di Lapangan Terbang Tawau jam 11.40 pagi melibatkan seorang suspek lelaki tempatan, 53, yang tiba dari Kuala Lumpur menaiki pesawat komersial bersama bagasi disyaki mengandungi bungkusan dadah seberat 4.193 kg bernilai RM209, 650.00.

“Hasil siasatan lanjut dengan bantuan cawangan Narkotik Ibu Pejabat Kastam, seorang lagi suspek iaitu wanita berusia 49 tahun ditahan di Nilai, Negeri Sembilan atas kes yang sama,” katanya.

Tangkapan kes dadah kedua pula dilakukan pada 2 Julai 2020 jam 11.30 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) apabila satu beg plastik ditemui di dalam tandas Balai Ketibaan KKIA.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut oleh pegawai Kastam bertugas mendapati terdapat lapan bungkusan disyaki mengandungi dadah jenis Methamphetamine seberat lapan kg dengan anggaran nilai RM400, 000.00.

Abdullah berkata, ketiga-tiga kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, ruang udara dan pintu masuk di semua Lapangan Terbang sentiasa diperketatkan kawalan, namun, penyeludupan terlibat dilihat mempunyai kesungguhan untuk melepaskan dari daripada kawalan.

Katanya, sekiranya didapati wujud dalang (melepaskan suspek) dalam kalangan penguatkuasa di pintu masuk, pihaknya tiada kompromi dan mereka turut bakal berdepan tindakan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam pada itu katanya, JKDM Zon Sabah dalam operasi terbabit turut merampas dua kontena berisi minuman keras di Pelabuhan Sepanggar, Kota Kinabalu pada 7 Julai 2020 sekitar jam 2.30 petang.

“Kedua-dua kontena terbabit didapati mengandungi minuman keras jenama Hollandia dan Tiger yang disyaki belum lulus kastam dengan anggaran nilai sebanyak RM116,316.13, manakala, cukai lebih kurang RM500,015.44,” katanya.

Terdahulu pada 29 Jun 2020 sekitar jam 6.05 petang, pasukan operasi penguatkuasa Kota Kinabalu menahan tiga buah kontena di beberapa lokasi di Inanam dan Kawasan Perindustrian Lok Kawi kerana didapati berisi minuman keras jenama Carlsberg dan Tiger yang belum lulus Kastam dengan anggaran nilai dan cukai masing-masing RM187, 000 dan RM768,000.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here