Fri, 19 Apr 2024

HEADLINES :


Remaja bunuh diri gara-gara ditegur sering main ‘game’
Published on: Thursday, July 30, 2020
By: Patimang Abdul Ghani
Text Size:

Remaja bunuh diri gara-gara ditegur sering main ‘game’
Gambar Pexels.com (untuk ilustrasi sahaja)
KOTA MARUDU: Seorang remaja lelaki dipercayai membunuh diri selepas ditegur berkali-kali oleh saudaranya kerana sering bermain ‘game’ telefon pintar.

Mayat remaja berumur 17 tahun itu ditemui tergantung dari siling garaj di sebuah kuarters kerajaan dekat sini, pada pagi Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Supt Mohd Izaan Abdullah berkata, remaja itu tinggal bersama saudaranya di Matunggong, Kudat sebelum kejadian itu.

Menurut Izaan, mangsa dihantar ke Kota Marudu pada Jumaat lepas (24 Julai) oleh saudaranya yang dikatakan marah terhadap tabiat mangsa itu.

“Sejak itu, mangsa tinggal bersama bapa saudaranya, di Kampung Tigaman, dekat sini.

“Siasatan dan keterangan yang diperolehi juga menunjukkan sikap mangsa masih sama iaitu sering bermain ‘game’ walaupun tinggal bersama bapa saudaranya.

“Kali terakhir mangsa dilihat adalah sekitar tengah malam Isnin lepas, sebelum mangsa ditemukan pada keesokan paginya dalam keadaan tergantung,” katanya.

Izaan berkata, polis masih menyiasat motif sebalik kejadian itu, menambah jasad remaja itu dihantar ke Hospital Kota Marudu untuk menjalani proses saringan Covid-19 sebelum bedah siasat dijalankan. 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here