Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


Putus jari gara-gara main mercun ‘crazy bang’
Published on: Thursday, July 30, 2020
By: Stefyanie Myla Micheal
Text Size:

Putus jari gara-gara main mercun ‘crazy bang’
PENAMPANG: Seorang lelaki putus jari dan mengalami kecederaan pada muka dan badan selepas mercun yang dipanggil ‘crazy bang’ meletup di koridor rumahnya di Kg Terian, dekat sini, Selasa lepas.

Dilaporkan bahawa lelaki berumur 26 tahun itu cuba membakar mercun pada jam 10 pagi sebelum ia meletup sendiri. Ketua Polis Penampang, DSP Mohd Haris Ibrahim (gambar), ketika mengesahkan insiden itu berkata lelaki berkenaan pengsan disebabkan letupan itu.

Mohd Haris, ahli keluarga lelaki itu kemudian menghubungi MERS999 untuk mendapatkan bantuan kecemasan dari hospital.

“Mangsa yang mengalami kecederaan pada muka dan badan serta putus salah satu jarinya dihantar oleh helikopter ke Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE1) untuk rawatan lanjut,” katanya.

Menurut Mohd Haris, mangsa kini stabil dan masih menerima rawatan di hospital itu.

Kes itu sedang disiasat di bawah Seksyen 8, Akta Bahan Letupan 1957. Sementara itu, Mohd Haris mengingatkan orang ramai, khususnya di daerah ini, agar mengelak daripada bermain mercun kerana ia boleh menyebabkan kecederaan serius dan sesiapa yang memiliki atau menjual mercun secara haram boleh diambil tindakan tegas.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here