Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Penarik kereta didakwa sebabkan kecederaan
Published on: Tuesday, August 04, 2020
By: Jo Ann Mool
Text Size:

Penarik kereta didakwa sebabkan kecederaan
AMIR diiring ke trak polis di luar bangunan mahkamah.
Kota Kinabalu: Seorang penarik kereta berumur 36 tahun meminta dibicarakan di Mahkamah Majistret pada Isnin bagi tuduhan menyerang seorang lelaki di Api-Api Centre, yang mana video rakaman kejadian itu menjadi tular baru-baru ini.

Amir Rizal Abd Rashid didakwa menyebabkan kecederaan kepada Wong Fui Long @ William Wong, 42, menggunakan topi keledar pada pukul 1 tengah hari 26 Julai di satu lot parkir di depan sebuah kedai, Lorong Api-Api 1 di sini.

Dia mengaku tidak bersalah kepada tuduhan itu di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Adibah Adibah Saiful Bahri dalam memohon tarikh pengurusan kes, mencadangkan jaminan tidak ditawarkan kepada Amir atas sebab ia membabitkan kesalahan serius yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun.

DPP Adibah berhujah bahawa kes itu membabitkan kepentingan awam kerana kejadian itu telah dirakam dan menjadi tular di media sosial.

Dia menambah, Amir juga mempunyai rekod sabitan lampau dan terdapat kemungkinan tinggi tertuduh akan menganggu saksi pendakwaan.

Amir yang tidak diwakili, membisu apabila ditanya oleh mahkamah sama ada dia mahu berkata apa-apa mengenai ikat jamin.

Mahkamah menetapkan 17 Ogos untuk kes pengurusan prabicara dan tidak menawarkan ikat jamin kepada Amir.

Amir dituduh di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebatan, atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Dalam kes lain, seorang lelaki berumur 26 tahun didenda RM1,400 atau penjara dua bulan kerana memberi keterangan palsu kepada polis yang mendakwa kenderaan pacuan empat roda miliknya telah dicuri.

Salamat Salam Nor Ibnur menukar pengakuannya kepada bersalah di hadapan Majistret Afiq Agoes apabila kesnya dikemukakan untuk pengurusan kes pada Isnin.

Salamat mengaku melakukan kesalahan itu pada pukul 5.10 petang 22 Jun di balai polis Manggatal.

Tuduhan menyatakan bahawa Salamat membuat keterangan palsu itu secara bertulis dan mendakwa bahawa kereta Toyota Hilux itu dicuri pada pukul 11.40 pagi 11 Jun.

Dia pada 26 Jun meminta dibicarakan bagi tuduhan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan itu yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Salamat melalui seorang peguam dilantik, meminta hukuman ringan dengan mengatakan isterinya sedang hamil dan ia merupakan kesalahan pertamanya.

Inspektor Lim Swee Beng memohon hukuman setimpal.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here