Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


Lelaki didakwa miliki 32.77g syabu
Published on: Saturday, August 08, 2020
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Lelaki didakwa miliki 32.77g syabu
Gambar: AFP.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki didakwa memiliki 32.77 gram syabu.

Abu Bakar Karim dibawa ke hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus untuk menghadapi tuduhan terhadapnya pada Jumaat.

Bagaimanapun, tiada pengakuan diambil daripada Abu Bakar selepas tuduhan dibacakan kepadanya.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu pada pukul 4.50 petang 28 Julai tahun ini di depan Pasar Mini 99 Speedmart di Jalan UMS, Kingfisher Sulaman, Manggatal.

Kesalahan di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya itu membawa hukuman penjara antara lima tahun dan penjara seumur hidup, serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 7 September untuk sebutan, sementara menunggu laporan kimia terhadap dadah itu.

Sementara menunggu tarikh tersebut, Abu Bakar diperintah reman lanjut.

Sementara itu, dua lelaki didakwa mengambil syabu secara berulang.

Tetapi tiada pengakuan diambil daripada Saizull Abdul Rahman dan Mohd Azemey Jakaria apabila tuduhan dibacakan kepada mereka secara berasingan kerana laporan patologi dan rekod sabitan mereka dari Bukit Aman belum sedia.

Kes-kes mereka akan disebut semula pada 9 Septmber tahun ini dan jaminan tidak ditawarkan kepada mereka.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Rustam Sanip yang menggantikan DPP Nur Shafiqah Suleiman, hadir untuk pendakwaan.

Di mahkamah lain, seorang warga asing dipenjara tiga bulan kerana memasuki negeri ini secara haram.

Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz menjatuhkan hukuman itu kepada Jordan Das yang mengaku memasuki negeri ini tanpa sebarang dokumen sah.

Jordan ditangkap pada 1 Ogos tahun ini di kawasan bandaraya selepas gagal menunjukkan dokumen pengenalannya kepada polis.

Selepas menjalani hukuman penjaranya, Jordan diperintah rujuk ke Jabatan Imigresen.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here