Thu, 25 Apr 2024

HEADLINES :


PBS akan tanding di kawasan kubu kuatnya
Published on: Saturday, August 08, 2020
By: Bernama
Text Size:

PBS akan tanding di kawasan kubu kuatnya
Bernama pic
PENAMPANG: Parti Bersatu Sabah (PBS) bersedia untuk bertanding di kerusi yang secara tradisi merupakan kubu kuatnya dalam pilihan raya negeri Sabah yang bakal dilaksanakan nanti, kata Presidennya Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Ongkili berkata walaupun PBS juga teruja untuk mengibarkan bendera sendiri selepas 16 tahun, ia sedia bekerjasama rapat dengan rakan kongsi yang sehaluan dengannya berhadapan musuh politik yang sama.

“Kami tidak keseorangan dalam perjuangan ini. Tetapi untuk memenangi (pilihan raya ini), kami perlu berusaha dan sebulat suara dengan rakan kongsi politik seperti Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) dan lain-lain di dalam Perikatan Nasional. PBS perlu mengetahui kekuatan dan keupayaannya sendiri supaya tidak timbul persoalan kami menguji peluang kami. “Kami perlu pasti mengenai sokongan akar umbi sebelum kami membuat komitmen untuk bertanding di kawasan tertentu,” katanya dalam ucapan di Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi di ibu pejabat parti itu di sini Khamis lepas.

Ucapan beliau dibacakan Timbalan Presiden PBS Datuk Seri Radin Malleh yang diberi kepercayaan mengetuai persiapan PBS untuk pilihan raya negeri kali ini.

Ongkili yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) berkata PBS akan mengumumkan calon-calonnya tidak lama lagi, yang mengetengahkan sejumlah muka baharu, termasuk wanita.

“Saya berharap setiap orang komited untuk bekerja keras bersama-sama, sumbangkan tenaga dan material dan membantu dalam setiap aspek bagi memastikan kemenangan di semua kerusi yang ditandingi,” katanya. PBS yang meninggalkan Barisan Nasional (BN) selepas Pilihan Raya Umum Ke-14, sebelum ini memaklumkan rancangannya untuk bertanding di 30 kerusi dalam pilihan raya negeri nanti. Ahli Parlimen Kota Marudu itu juga menggesa ahli-ahli merekrut ahli baharu, terutama pengundi muda dan meyakinkan mereka bahawa PBS adalah sebuah parti berbilang kaum terbaik untuk berkhidmat kepada rakyat Sabah.

“Dengar keluhan daripada akar umbi dan golongan muda. Ahli-ahli muda merupakan pemimpin di masa hadapan dan kita tidak perlu rasa terancam dengan mereka. Mereka akan menjadi pengganti kita, termasuk jawatan saya sebagai presiden,” kata beliau. Ditubuhkan pada tahun 1985, PBS adalah sebuah parti tempatan yang masih lagi bertahan di Sabah dengan 61 bahagian dan 2,000 cawangan yang aktif di seluruh negeri termasuk Labuan.

Ongkili berkata di kawasan yang tidak ditandingi PBS, ia akan menyokong calon-calon daripada parti-parti sehaluan yang berkongsi matlamat sama untuk mengalahkan kerajaan negeri diketuai Parti Warisan Sabah.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here