Tipu: Pesara miliki RM103,650 dalam akaun bank didenda
Published on: Tuesday, August 11, 2020
By: Jo Ann Mool
Gambar: Sumber Bernama untuk ilustrasi sahaja.
Kota Kinabalu: Seorang pesara kerajaan berumur 73 tahun didenda RM30 atau penjara lima hari oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki RM103,650 dalam akaun banknya melalui aktiviti penipuan.Fatimah Isnin mengaku bersalah di hadapan Majistret Afiq Agoes kerana menyimpan wang milik Alvin Andzin Anjin itu antara 21 dan 26 November 2018.ADVERTISEMENT
Tuduhan menyatakan bahawa Fatimah gagal menjelaskan secara memuaskan bagaimana dia mendapat wang itu.
Tuduhan di bawah Seksyen 22A (1) Ordinan Kesalahan-kesalahan Kecil itu memperuntukkan denda sehingga RM100 atau penjara sehingga tiga bulan, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Semasa rayuan, peguam Azhier Farhan, yang mewakili Fatimah, berhujah bahawa Fatimah, seorang bekas guru besar, dipujuk sehingga memberikan butiran akaun bank peribadinya kepada sebuah sindiket penipuan dalam talian, dengan helah bahawa seorang kenalan Facebook-nya selama empat tahun memerlukan bantuan untuk memindahkan wang dari Amerika Syarikat ke akaun bank di Malaysia.
Azhier berkata, atas sebab percaya dan tanpa berfikir panjang, Fatimah memberikan butiran akaun bank peribadinya kepada sindiket itu dan tanpa dia menyedarinya, akaun banknya disalahgunakan untuk aktiviti penipuan sehingga awal tahun ini apabila dia dimaklumkan mengenai perkara itu oleh polis.ADVERTISEMENT
Selepas dimaklumkan polis, Fatimah bertindak segera untuk menutup semua akaun banknya, kata Azhier, menambah bahawa Fatimah juga merupakan mangsa keadaan yang tertipu dengan helah sindiket itu.
Inspektor Lim Swee Beng yang menjalankan pendakwaan, memohon hukuman setimpal.
ADVERTISEMENT
Dalam kes lain, seorang wanita berumur 20 tahun diperintah untuk membayar denda RM1,200 atau penjara dua bulan kerana memiliki peralatan judi haram.
Nurhidaya Abu Bakar mengaku melakukan kesalahan itu pada pukul 3.30 petang 18 Disember 2019 di tamu mingguan Putatan.
Mahkamah mendengar bahawa Nurhidaya ditahan semasa satu serbuan pasukan polis yang mendapati dia memiliki dua tiket loteri haram dan barangan lain untuk aktiviti itu.
Tunai RM130 juga dirampas daripada Nurhidaya, kata pendakwaan.
Tuduhan di bawah Seksyen 9(1) Akta Rumah Perjudian Terbuka itu membawa hukuman penjara sehingga enam bulan, atau denda sehingga RM3,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
Mahkamah memerintah rampasan RM130 itu dilucut hak.