Kes CBT RM37,783 akan dibicara semula
Published on: Friday, August 14, 2020
By: Jo Ann Mool
Gambar: Pixabay.com
Kota Kinabalu: Seorang wanita berumur 31 tahun, yang dipenjara dua tahun dan didenda RM5,000 atau penjara tiga bulan kerana melakukan pecah amanah jenayah (CBT) membabitkan jumlah RM37,783.88, akan dibicara semula kesnya.Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nurchaya Hj Arshad pada Khamis membuat keputusan itu terhadap rayuan Yuslin Kulah, yang merayu terhadap sabitan dan hukumannya.ADVERTISEMENT
Nurchaya memerintah perbicaraan diadakan semula di hadapan seorang Hakim Mahkamah Sesyen yang lain dan menetapkan 14 Ogos untuk sebutan kes itu di mahkamah rendah.
Peguam Hamid Ismail, yang mewakili Yuslin dalam rayuannya, berhujah bahawa hak perlembagaannya telah dilanggar dan perbicaraan baharu patut diadakan.
Yuslin pada 26 November 2019 disabit dan dipenjara dua tahun dengan denda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas perbicaraan penuh kesnya.
Tuduhan menyatakan bahawa Yuslin, sebagai penolong peribadi pengurus besar Pasaraya Giant, melakukan CBT terhadap jumlah wang yang diamanahkan kepadanya itu, pada pukul 11 pagi 17 September 2016 di premis tersebut di Kolombong, Inanam.ADVERTISEMENT
Kesalahan di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara antara setahun dan 14 tahun, serta sebatan, jika sabit kesalahan.
Hamid dalam hujahan bertulis, berhujah bahawa perbicaraan itu batal dan tidak sah kerana selepas sabitan Yuslin, dia mendapat tahu bahawa peguam yang mewakilinya dalam perbicaraan tersebut tidak mempunyai sijil amalan guaman bagi tahun 2019.
ADVERTISEMENT
Hamid berhujah bahawa satu surat bertarikh 11 Mac tahun ini dari Persatuan Undang-undang Sabah (SLS) menyatakan bahawa Sijil Tahunan tidak dikeluarkan kepada peguam tersebut untuk tahun berakhir 2019.
“Di Sabah, sejak pindaan Ordinan Peguam Bela yang dilaksana mulai 1 Julai 2017, Mahkamah Tinggi tidak akan mengeluarkan Lesen Amalan Guaman kepada peguam yang tidak memperoleh Sijil Tahunan dari SLS.
“Sebab peguam berkenaan tidak mempunyai Sijil Tahunan bagi 2019, maka Sijil Amalan tidak dikeluarkan oleh pendaftar Mahkamah Tinggi kepadanya untuk tahun itu,” kata Hamid.
“Diwakili oleh seorang peguam dengan sijil amalan sah adalah hak perlembagaan orang kena tuduh. Ia mempengaruhi kesahihan perbicaraan,” kata Hamid.
Menyebut satu kes yang telah diputuskan, Hamid berhujah bahawa dalam kes itu, Mahkamah Tinggi mengetepikan sabitan dan hukuman serta mengisytiharkan perbicaraan di mahkamah rendah itu sebagai batal dan tidak sah, dan memerintah perbicaraan semula, menambah bahawa, sebabnya adalah perayu telah diwakili oleh peguam yang tidak mempunyai sijil amalan semasa perbicaraan dan ia merupakan perlanggaraan hak perlembagaan perayu.
Hamid berhujah bahawa keputusan dalam kes terdahulu itu boleh dipakai dalam rayuan sekarang ini kerana fakta-faktanya serupa.
Hak perlembagaan Yuslin telah dilanggar dan dengan itu perbicaraan di hadapan hakim Mahkamah Sesyen sebelum ini adalah batal dan tidak sah, hujah Hamid.
Hamid juga memberitahu mahkamah bahawa satu surat dari pendaftar Mahkamah Tinggi menyatakan bahawa Sijil Amalan (PC) dikeluarkan kepada peguam tersebut untuk tahun 2017, 2018 dan 2020.
Ia mengesahkan kedudukan perayu bahawa peguam itu tidak mempunyai PC untuk tahun 2019, kata Hamid.Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
Hamid memohon kes itu dibicara semula.
Timbalan Pendakwa Raya Rustam Sanip, yang hadir untuk pendakwaan sebagai responden juga mengesahkan kepada mahkamah bahawa PC tidak dikeluarkan untuk peguam tersebut bagi tahun 2019 dan bersetuju kes dibicara semula.