Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


Lelaki didakwa gaji PTI
Published on: Friday, August 14, 2020
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Lelaki didakwa gaji PTI
Gambar: Pixabay.com
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berumur 38 tahun didakwa menggaji seorang pendatang tanpa izin.

Vun Chee Fui, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz kepada tuduhan terhadapnya pada Khamis.

Dia dituduh menggaji seorang warga Filipina berumur 23 tahun yang tidak mempunyai dokumen pada pukul 9.24 pagi 11 Julai 2019 di Pusat Hiburan Brotherhood di Pusat Komersial Beaufort.

Kesalahan di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) itu boleh dihukum di bawah Seksyen 55B(1) Akta sama yang memperuntukkan denda antara RM10,000 dan RM50,000, atau penjara sehingga 12 bulan, atau kedua-duanya, bagi setiap pendatang tanpa izin terbabit, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 25 September untuk pengurusan kes, dan 21-22 Januari tahun depan untuk perbicaraan.

Sementara menunggu tarikh itu, Vun dilepaskan dengan ikat jamin RM2,000 dan seorang penjamin tempatan.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Muhammad Shafiq dari Jabatan Imigresen, menawarkan ikat jamin RM2,500 kepada Vun.

Bagaimanapun, peguam Luke Ressa Balang yang mewakili Vun, meminta jaminan rendah mengatakan Vun menanggung isterinya yang tidak bekerja dan tiga anak mereka.

Sementara itu, seorang lelaki dipenjara tiga bulan kerana memasuki negeri ini secara haram.

Ajilani Rony mengaku memasuki negeri ini tanpa dokumen.

Dia ditangkap pada 3 Ogos tahun ini selepas gagal menunjukkan dokumennya kepada polis.

Mahkamah memerintah Ajilani dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas menjalani hukuman penjaranya.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here