Thu, 25 Apr 2024

HEADLINES :


Sembilan jaguh rentas denai negeri terima insentif RM27,400 
Published on: Saturday, September 12, 2020
By: GL Oh
Text Size:

Sembilan jaguh rentas denai negeri terima insentif RM27,400 
WAKIL Satra menerima cek insentif bagi pihak atlet pada acara itu.
Kota Kinabalu: Sembilan jaguh pelari denai negeri menerima sejumlah RM27,400 dari kerajaan negeri semasa Majlis Penyerahan Skim Insentif Atlet Sabah yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, di sini, Selasa.

Persatuan Larian Denai Sabah (Satra) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Presidennya Profesor Dr Helen Benedict Lasimbang pada Jumaat berkata, sembilan atlet itu adalah Milton Amat, Safrey Sumping, Daved Simpat, Sapirin Sumping, Wilson Singgin, Guianus Salagan, Kona Liau, Adelinah Litangah dan Mailin Salungin yang bersaing di peringkat kebangsaan dan antarabangsa sepanjang 2019.

“Mereka dipilih kerana mencapai tempat tiga teratas dalam perlumbaan dengan jarak sehingga 230km, yang diadakan di seluruh negara dan Asia Tenggara seperti Brunei, Indonesia, Thailand dan Laos.

“Kami gembira kerana kerajaan negeri mengiktiraf larian denai sebagai sukan yang semakin popular di negara kita, khususnya di Sabah. Kita ada atlet berprestasi tinggi tahan lasak yang boleh bersaing dengan beberapa pelari terbaik di rantau ini dan mereka juga menyumbang nama baik untuk Sabah,” katanya.

 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here