Wed, 24 Apr 2024

HEADLINES :


Putrajaya taja parti kecil untuk pecah undi: Shafie
Published on: Monday, September 14, 2020
By: FMT, Bernama
Text Size:

Putrajaya taja parti kecil untuk pecah undi: Shafie
Shafie
SEMPORNA: Presiden Warisan, Shafie Apdal mendakwa kerajaan persekutuan menubuhkan blok politik baru, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk menaja parti kecil bagi memecahkan undi pada Pilihan Raya Negeri akhir bulan ini.

“Bagaimanapun, orang Sabah bukan mudah dipersenda atau diperbodohkan dengan penubuhan GRS kerana mereka tahu apa yang perlu dilakukan.

“Tujuan mereka untuk menaja beberapa parti politik yang ada walaupun kecil. Tujuannya ialah memecahbelahkan dengan niat mereka untuk menumbangkan kerajaan yang ada,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, terlalu banyak gabungan yang ditubuhkan kerajaan persekutuan, daripada Muafakat Nasional, PN dan kini GRS.

Semalam, Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mengumumkan pembentukan GRS yang terdiri daripada BN, PN dan PBS.

Sementara itu, Shafie berkata, kerajaan Sabah bercadang membina lebih banyak kemudahan, khasnya di Semporna yang juga pusat pelancongan, tetapi keselamatan pelancong perlu menjadi keutamaan.

“Alhamdulillah, ada rezeki, peningkatan pelancong tempatan ke daerah ini dan saya difahamkan beberapa resort sudah kembali (beroperasi), bukan seperti asal, tapi ini kita boleh pulihkan, namun yang penting kepada kita ialah keselamatan.” Sementara itu di KINABATANGAN, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin menyifatkan pertembungan antara Perikatan Nasional (PN) dan rakan sekutunya BN serta Parti Bersatu Sabah (PBS) di 17 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 sebagai ‘politik norma baharu’ bagi memastikan gabungan itu menang dan membentuk sebuah kerajaan negeri.

“Justeru itu, saya meminta kepada seluruh pemimpin BN supaya kita memasuki norma baharu ini.

Bung Moktar

“Kita tidak boleh lawan arus… sebab itu, kalau dulu kita kata kita bertanding atas dasar kuota tetapi kali ini, kita bertanding kerana mahu menang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan ceramah di Pusat Daerah Mengundi Bukit Garam di sini pada Ahad.

Bung Moktar, yang juga calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Lamag, turut menyifatkan kaedah baharu itu sebagai ‘cara orang mahu menang.’

Beliau mengakui terdapat rakan sekutu yang tidak senang hati dengan keputusan itu dan masing-masing tidak mahu bertembung merebut kerusi yang sama.

Bagaimanapun, Bung Moktar berkata memandangkan hampir kesemua parti merasakan mendapat sokongan padu daripada akar umbi, pertembungan itu tidak dapat dielak dalam usaha memastikan kemenangan tidak berpihak kepada Warisan Plus.

Kerusi yang menyaksikan pertembungan itu ialah Bengkoka, Telupid, Lumadan, Matunggong, Tandek, Kadamaian, Kapayan, Karamunting, Melalap, Sook, Bingkor, Moyog, Tulid, Paginatan, Liawan, Tambunan dan Tanjung Aru.

Kebanyakan kawasan pilihan raya itu terletak di pedalaman, tengah serta bahagian utara Sabah dengan sebilangan besar mempunyai majoriti pengundi Kadazandusun dan Murut.

Semalam, Timbalan Presiden PBS Datuk Seri Radin Malleh menyifatkan pertembungan itu sebagai ‘pertembungan mesra’ dan akan memperkukuh kedudukan PN serta rakan sekutunya di Sabah. 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here