Tue, 23 Apr 2024

HEADLINES :


Peringatan SESB kepada semua parti
Published on: Tuesday, September 15, 2020
Text Size:

Peringatan SESB kepada semua parti
Kota Kinabalu: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) mengingatkan parti-parti politik yang bertanding dalam pilihan raya negeri Sabah ke-16 supaya tidak memasang bahan kempen termasuk bendera atau sepanduk parti pada tiang, kabel, kotak bekalan, pencawang dan pepasangan elektrik lain.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB, Norhizami Abu Hasan berkata tindakan seperti itu menimbulkan bahaya disebabkan risiko terkena renjatan dan mungkin menyebabkan gangguan kuasa jika litar pintas berlaku.

Perbuatan berbahaya itu, katanya, juga melanggar peruntukan Seksyen 37 Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447).

Norhizami juga mengingatkan kepada orang ramai mengenai bahaya memegang atau membawa tiang bendera di bawah mana-mana pepasangan elektrik kerana ia boleh menarik arus elektrik dan menyebabkan renjatan kepada mereka yang berdekatan dengan pepasangan itu.

“Kami berharap orang ramai sentiasa berjaga-jaga kerana kadangkala kita mungkin lupa mengenai keselamatan peribadi dalam keasyikan berkempen,” katanya dalam kenyataan, Ahad lepas.

Menurut Norhizami, SESB akan memantau dan menanggalkan sebarang bahan kempen yang diletakkan berdekatan atau pada pepasangan elektrik.

Orang ramai boleh menghubungi SESB Careline pada 15454, 088-515000 atau WhatsApp 019-852 5427 jika mereka melihat sebarang keadaan yang mungkin mengancam atau menjejaskan bekalan elektrik akibat bahan kempen diletakkan atau dipasang pada pepasangan elektrik.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here