HEADLINES :




Pembebasan pengusaha kedai Pakistan kekal
Published on: Wednesday, September 16, 2020
By: Jo Ann Mool
Text Size:


Gambar: Pixabay.com
Kota Kinabalu: Mahkamah Tinggi di sini mengekalkan pembebasan dan pelepasan seorang pengusaha kedai rakyat Pakistan terhadap pertuduhan mengugut seorang ahli Majlis Daerah Penampang yang terlibat dalam operasi bersepadu menahan pengusaha haram atas pelbagai kesalahan di daerah terbabit.

Hakim Datuk Nurchaya Hj Arshad pada Selasa menolak rayuan oleh pendakwaan terhadap pembebasan dan pelepasan Nawad Said dan mengekalkan keputusan mahkamah lebih rendah.

Pendakwaan merayu terhadap keputusan Mahkamah Majistret yang membebas dan melepaskan Nawab atas pertuduhan itu tanpa dipanggil membela diri.

Pada 23 Ogos, 2019 Nawab, pengusaha kedai dibebas dan dilepaskan daripada pertuduhan menyebabkan kejengkelan dengan menunjukkan sikap mengugut ke atas lelaki berkenaan pada jam 1.37 petang pada 27 Februari, 2019 di Kedai Runcit Mini Everise, di Kg Tunoh.

Nawab pada 7 Mac, 2019 meminta dibicarakan di Mahkamah Majistret atas pertuduhan di bawah Seksyen 8(1)(e) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil yang memperuntukkan denda RM25 jika sabit kesalahan.

Dia diwakili oleh peguam Dato’ Seri Rakhbir Singh.

Sementara itu, kes seorang lelaki yang didakwa atas pertuduhan mengedar dadah akan disebut semula pada 17 November untuk pra-perbicaraan pengurusan kes.

Mahkamah menetapkan tarikh itu untuk Muhamad Salipin Sahah Tamat semasa sebutan kesnya pada Selasa.

Penganggur, Salipin, 28 dituduh mengedar 1,977.8g kanabis jam 6 petang pada 8 Jun, 2018 di hadapan Hotel Bundusan, Beverly Hill, Jalan Bundusan di Penampang.

Dia didakwa di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang dari 15 kali sebatan rotan, jika tidak dijatuhi hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Salipin diwakili oleh peguam dilantik Arthur Borine.

Timbalan Pendakwa Raya Hurman Hussain tampil untuk pendakwaan. 



ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular