HEADLINES :




14 Okt rekod pengakuan dua rakyat Pakistan didakwa sebabkan kecederaan
Published on: Wednesday, September 16, 2020
By: Cynthia D Baga
Text Size:


Gambar: Sumber Bernama.
Kota Kinabalu: Mahkamah menetapkan 14 Oktober untuk merekodkan pengakuan dua rakyat Pakistan atas penglibatan mereka dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas orang lain menggunakan senjata berbahaya.

Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim menetapkan tarikh itu untuk Saddam Hussain dan Muhammad Kashif Amir Nawab selepas mereka memohon jurubahasa Pastho kerana mereka tidak tahu Bahasa Malaysia.

Kedua-duanya dituduh di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mereka juga didakwa atas pertuduhan memasuki negeri ini secara haram.

Bagaimanapun, atas alasan sama, mahkamah menetapkan tarikh sama untuk pengakuan mereka diambil.

Sementara menunggu tarikh itu, Saddam dan Muhammad Kashif diperintah direman lanjut.

Di mahkamah sama, seorang lelaki dipenjra empat bulan kerana memasuki negeri ini tanpa sebarang dokumen.

Satara Albani mengaku bersalah memasuki negeri ini secara haram pada 6 September tahun ini selepas gagal menunjukkan dokumennya kepada polis.

Dia melakukan perbuatan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, atau denda sehingga RM10,000, dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Satara diperintah menjalani hukuman penjaranya dari tarikh dia ditangkap dan dirujuk kepada Jabatan Imigresen selepas menjalani hukuman penjara itu untuk data biometriknya direkodkan sebelum diusir ke negara asal.



ADVERTISEMENT


Other News
Advertisement 


Follow Us  




Follow us on            





Berita Popular