Fri, 19 Apr 2024

HEADLINES :


Tuntutan palsu: Ibu tunggal dipenjara sembilan bulan
Published on: Friday, September 18, 2020
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Tuntutan palsu: Ibu tunggal dipenjara sembilan bulan
Gambar: Pixabay.com
Kota Kinabalu: Seorang ibu tunggal berumur 41 tahun dijatuhi hukuman penjara berjumlah sembilan bulan kerana menggunakan dokumen palsu untuk menuntut kos program pelaksanaan keusahawanan jangka pendek bernilai sehingga RM19,800.

Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat menjatuhkan penjara sebulan untuk pertuduhan pertama hingga ketiga, manakala dua bulan penjara untuk setiap kesalahan pertama hingga keenam untuk Auralee yang mengaku bersalah terhadap semua enam pertuduhan itu pada Khamis.

Untuk pertuduhan pertama hingga kelima, Auralee menggunakan dokumen palsu iaitu senarai peserta kursus Anyaman Manik Kreatif-Motif Etnik Sabah bertarikh 24, 25, 26, 27 dan 28 Julai, 2017 yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Sabah.

Pertuduhan itu menyatakan bahawa Auralee mengemukakan dokumen itu kepada kementerian terbabit untuk menuntut kos pelaksanaan program yang diadakan di Kg Kadamaian, Kota Belud.

Dia melakukan perbuatan itu di pejabat kementrian itu, di sini, pada 1 Ogos, 2017.

Bagi pertuduhan keenam, Auralee menggunakan lesen perniagaan palsu di bawah nama Syarikat Insan Mahir Enterprise untuk tujuan sama di tempat dan waktu sama.

Semua pertuduhan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 468 Kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun, dan denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah memerintahkan Auralee menjalani hukuman penjara itu secara serentak dari tarikh dia disabitkan kesalahan pada Khamis.

Semasa mitigasi, Auralee yang tidak diwakili, memohon maaf atas kesalahannya dengan memalsukan lesen perniagaan dan senarai peserta terbabit.

Katanya, ia adalah kesalahan pertamanya dan dia mempunyai tiga anak berumur antara 10 hingga 19 tahun.

Auralee merayu hukuman ringan dan sanggup melakukan kerja komuniti.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Rekhraj Singh dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal bagi memberikan pengajaran kepada Auralee serta orang awam.

Beliau menghujahkan, walaupun program itu dijalankan, tetapi ia menyebabkan kerugian kepada kerajaan ekoran tindakan Auralee memalsukan dokumen itu.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here