22 dipenjara, denda atas kesalahan berkaitan dadah
Published on: Friday, September 18, 2020
By: Jo Ann Mool
Gambar: Sumber Bernama.
Kota Kinabalu: Seramai 22 orang dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Majistret di sini kerana melakukan kesalahan berkaitan dadah.21 daripadanya mengaku bersalah mengambil dadah manakala seorang lagi mengaku memiliki syabu.ADVERTISEMENT
21 itu adalah Rovictor Robortilin, Hardey Madelawi, Hamirul Hamdan, Anefah Chong, Shirelyn Richard, Sia Jia Ja, Daniel Joe, Chan Chin Loong, Marzin Mijan, Sarif Borhan, Yunus Yandangi, Crostopho Bandasan, Md Badrol Azhar, Sultan Abdullah, Thomas Boon, Saufi Afandy, Aris Edin, Ting Jee Cheong, Abd Karim Pitrus, Dimas Diaudin dan Nizam Ismail.
Mereka ditahan di lokasi berasingan di sini dan di Penampang antara 19 Mei hingga 7 Ogos, selepas diuji positif syabu dan amphetamine, masing-masing.
Rovictor, Hardey and Hamirul didenda RM2,300 atau tujuh bulan penjara setiap seorang, Anefah, Shirelyn, Sia dan Daniel didenda RM2,000 atau penjara antara enam hingga tujuh bulan, setiap seorang, manakala Chan, Marzin dan Sarif diperintah membayar denda RM1,700 atau tujuh bulan penjara, setiap seorang.
Yunus dan Crostopho, setiap seorang, dipenjara tujuh bulan manakala selebihnya, dipenjara enam bulan, masing-masing.ADVERTISEMENT
Mengambil dadah di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya memperuntukkan denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun.
Sementara itu, seorang lagi Nazrun Amdin mengaku bersalah memiliki 0.4gm syabu jam 7.20 malam pada 25 Jun tahun ini di Manggatal. Nazrun didenda RM3,000 atau sembilan bulan penjara.
ADVERTISEMENT
Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
Dia didakwa di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Kesemua 22 individu terbabit dibawa ke hadapan Majistret Lovely Natasha Charles, Stephanie Sherron Abbie, Afiq Agoes dan Jessica Ombou Kakayun pada Khamis.