Fri, 19 Apr 2024

HEADLINES :


Lelaki didakwa bersubahat lakukan rompakan
Published on: Friday, September 18, 2020
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Lelaki didakwa bersubahat lakukan rompakan
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berumur 34 tahun didakwa atas pertuduhan bersubahat melakukan rompakan.

Azlan Sulaiman mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus terhadap pertuduhan itu pada Khamis.

Dia dituduh bersekongkol dengan dua lagi yang masih bebas dengan memandu laju sebuah kenderaan selepas salah seorang rakan subahat didakwa menyamun seseorang bernama Suraynie Nordin, 29.

Kesalahan itu didakwa berlaku jam 9.15 malam pada 2 September tahun ini di tempat letak kereta di hadapan Speedmart 99, di sini.

Azlan didakwa mengikut Seksyen 107(c) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 19 Oktober untuk pengurusan kes pra-perbicaraan dan memerintahkan Azlan direman lanjut sementara menunggu tarikh itu.

Timbalan Pendakwa Raya Rustam Sanip tampil untuk pendakwaan manakala Azlan tidak diwakili. 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here