Tiga kluster di Sabah terus catat peningkatan
Published on: Saturday, September 19, 2020
By: Bernama
Kuala Lumpur: Tiga daripada empat kluster Covid-19 aktif di Sabah terus mencatatkan peningkatan kes baharu, dengan Kluster Benteng Lahad Datu (LD) Sabah merekodkan kes tertinggi iaitu 76 kes, daripada keseluruhan 95 kes baharu pada Jumaat.Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah kes positif bagi kluster itu meningkat kepada 550 kes, dengan sejumlah 7,814 individu disaring dalam tempoh 24 jam lepas.ADVERTISEMENT
Memperinicikan kluster tersebut beliau berkata, sejumlah 2,009 individu disaring di Lahad Datu, 5,804 individu disaring di Tawau dan satu kes disaring serta didapati positif di Sandakan.
“Bagi Lahad Datu, 151 kes dikesan positif dengan sembilan kes baharu, 1,306 individu negatif dan 552 individu menunggu keputusan. Di Tawau, daripada jumlah 5,804 individu disaring, 398 kes dikesan positif dengan 66 kes baharu, 4,120 individu negatif dan 1,286 individu menunggu keputusan.
“Daripada jumlah 550 kes positif, 271 adalah dalam kalangan warga Malaysia, manakala 279 bukan warganegara melibatkan warganegara Filipina (185 kes) dan Indonesia (94 kes),” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat
Sementara itu, bagi Kluster Pulau, Sabah, terdapat empat kes baharu yang dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif kluster itu kepada 14 kes dengan sejumlah 345 individu disaring, setakat Jumaat.ADVERTISEMENT
“Di Kunak, seramai 342 individu disaring dan didapati 11 kes positif, 63 negatif dan 268 individu menunggu keputusan. Di Semporna, ketiga-tiga saringan yang dilakukan dikesan positif. Daripada 14 kes positif kluster ini, 13 ialah warga Malaysia, manakala satu warga Filipina,” katanya.
Mengenai Kluster Selamat, Sabah yang dikesan Khamis lalu, terdapat tiga kes baharu dilaporkan pada Jumaat, menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak lima kes, dengan sejumlah 137 individu disaring bagi kluster itu. Daripada jumlah tersebut, lima kes dikesan positif manakala 132 individu masih menunggu keputusan. – Bernama
ADVERTISEMENT
Dalam pada itu, menyentuh mengenai Kluster Bunga, Negeri Sembilan, Dr Noor Hisham berkata terdapat satu kes baharu dilaporkan pada Jumaat, menjadikan jumlah kes positif kluster itu meningkart kepada 11 kes.Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
“Sehingga hari ini pukul 12 tengah hari, sejumlah 59 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan mengikut negeri, di Selangor seramai 10 individu disaring dengan empat kes dikesan positif, di Negeri Sembilan, seramai 45 individu disaring dengan tujuh kes positif, di Terengganu keempat-empat individu yang disaring didapati negatif.
“Daripada jumlah saringan dalam kluster ini, 45 adalah warga tempatan dan 14 bukan warganegara yang terdiri daripada negara, India, enam individu; Filipina, enam individu; Singapura dan Ghana masing-masing satu kes,” jelasnya lagi, saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif bagi keempat-empat kluster tersebut, masih diteruskan.